Sunday, August 22, 2010

..:: final exam datang lagi. ::..


Melalui tajuk ini, maka hati aku dah mula dupp..dap... huh... esok mula la final exam aku untuk semester 5. pejam celik pejam celik dah lama gak aku blaja.. skang dah tahun ke2, insyaallah tahun depan tamat lah sesi pengajian ijazah aku. hehheee...

Cerita sikit pengalaman aku keje sambil belajar ni, sememangnya sangat letih dan tak ada masa untuk diri sendiri. kadang-kadang masa untuk bersama family pun tak de. cuba la korang bayangkan pagi pergi keje, balik keje terus pegi kelas, dalam kul 10 malam baru habis kelas. time kat umah kejap sangat, sabtu ahad plak kadang-kadang pegi kampus kene wat asgmnt (walaupun last-last minit gak siapnya asgnmt..hehee..). tapi bagi mengejar cita-cita aku sanggup berkorban demi masa dan duit untuk memenuhi ilmu di akal.

Kalau korang nak sambung blaja secara PJJ or PLK ni, aku sokong sangat-sangat sebab kita dah tak yah pikir pasal pekerjaan apa yang perlu kita cari lepas habis blaja, yang kita kene pikir jalankan tanggungjawab sebagai pekerja dan pelajar. jangan sesekali abaikan amanah yang diberikan tau. tapi itu tak bermakna, belajar secara fulltime itu tak bagus. Dua-dua pun bagus, yang penting kita selesa dan bersemangat untuk blaja. jangan blaja separuh jalan sudah la yer.

Ok, kat bawah ni pic aku dan kawan-kawan tgh pulun study untuk exam minggu depan. huh.. sangat mencabar subjek-subjek semester ini. doakan aku dan rakan-rakan berjaya menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang yer...



kak ya, shepah, ayu, fafa dan aku




aman, dayah & kak anie

Jadual Exam Aku.

23 ogos - isnin - kul 2 ptg - kenegaraan
24 ogos - selasa - kul 2 ptg - pengurusan pengeluaran & operasi
25 ogos - rabu - kul 9 pg - aplikasi komputer dalam pengurusan
26 ogos - khamis- rehat
27 ogos - jumaat- kul 9 pg - pengantar pemasaran
- kul 2 ptg - teori & amalan perniagaan islam
28 ogos - sabtu - kul 9 pg - business report writing

Good luck untuk semua rakan-rakan di Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur mod eksekutif. Thanks gak dekat kawan-kawan facebook yang wish me luck. Ok aku nak sambung study balik. Dah-dah pegi sambung buat keje korang.. bye.. daa..

wassalam


TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: