Friday, November 12, 2010

..:: Tips : PANDUAN MENANGANI TEKANAN DI TEMPAT KERJA ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye. Ok untuk hari ini, tiba-tiba aku terfikir nak kongsi perkara ni. ADAKAH ANDA STRESS???? erm... rasanye semua orang tak kan terlepas dari mengalami masalah stress betul tak? cuba bagi tahu aku, ape keje yang tak stress or siapa yang tak pernah stress?? memang tak de seni la kehidupan korang. ok jadi student mesti akan stress dapat-dapat bile nak siapkan assgmnt yang berlambak-lambak pastu time dah nak exam pula, time tu la baru nak buka buku kannn.... ok untuk bisnessman or woman pon tak kan terlepas dari stress, korang ingat bile diorg ade company sendiri, diorg boleh goyang kaki ker... lagi banyak nak kene fikir tau, macam mane nak naikkan nama produk, nak dapat untung besar, nak jaga kebajikan pekerja lagi, nak fikir bayar tax kurang lagi... oopppsss... isu sensitif... heheee.. ok2.. macam tu juga sebagai ayah & ibu, sebagai suami dan isteri. nak fikir hal opis, bile balik rumah pulak nak ngadap hal family pulak kann... tu lah... mane ade yang senang kat dunia ni. tapi kene ingat, semua ujian yang ALLAH bagi tu, mengikut kemampuan kita sendiri. 

ok aku nak kongsi ilmu, hari tu duk surfing internet tiba-tiba terbaca lah artikel ni kat web jobmalaysia. tentang tekanan kerja atau stress di tempat kerja. ok semua orang boleh baca ni, tak semestinya orang bekerja jer ok. 

aclly, aku just copy paste jer, harap2 tak salah la kerja aku ni. cuma nak kongsi ilmu. kalau nak harap orang pegi explore kat web tu memang tak lah. coz melawat web tu cuma nak pegi cari kerja jer... padahal banyak lagi maklumat yang berguna. contoh cara nak buat resume, teknik menjawab time temuduga... banyak lagi la... kalau rajin korang pegi la baca dan rajin-rajin kan tangan tu cari maklumat baru. jangan dok berFB ngan youtube jer... hehheee.. (cakap kat diri sendiri sebenarnye...)

ok lah, selamat membaca dan memahami keperluan diri yer.





Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekananan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif kepada individu sama ada dari segi mental dan emosi. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan pekerja.

ADAKAH ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA ?
Antara tanda-tanda tekanan adalah :-
  • Bersikap ganas (panas baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah
PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA
  1. Jenis Pekerjaan
    Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
  2. Peranan
    Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.
  3. Perhubungan
    Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.
  4. Kerjaya
    Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.
  5. Perubahan dalam organisasi 
    Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.
TUJUH LANGKAH MENANGANI TEKANAN KERJA 


Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda


  • Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.



DOA AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN


by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, 02 September 2010 at 12:18 Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut:

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1] Petua Beramal Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya . 
Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 : Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”. Walaupun Allah sebenarnya telah mengetahui tahap keimanan manusia sebelum berlaku ujian , namun ujian seperti kesulitan itu dapat mendedahkan kepada manusia itu sendiri keperluannya untuk mengambil langkah-langkah pemulihan kepada permasalahan imannya sendiri. Dia perlu memuhasabah dirinya , memperbaiki sikapnya , mengikhlaskan amalannya untuk mencapai kualiti amalan yang dikehendaki Allah dan sebagainya. [2] Dalam buku As’ad Imra`atan Fil Alam, Dr Aid Al-Qarni menjelaskan kepentingan memiliki semangat yang jitu dengan katanya yang bermaksud : “ Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kea rah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang.Ketahuilah bahwa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah…” [3] Ini juga merupakan tip berharga buat dikongsi bersama meniti kehidupan .

ok sekarang semua dah tahu punca dan cara mengatasinya kan. ok selamat mencuba. 

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: