Tuesday, December 7, 2010

..:: 'My Honey'??? siapakah??? ::..

ASSALAMUALAIKUM

hYe. kawan-kawan. kali ni aku nak ceritakan tentang buah hati aku yang baru. ramai yang tertanya-tanya,


"dila dah ade buah hati??? dah couple??? siapa bf dia??"

itu baru yang tanya macam-macam, ada juga yang tanya...

"awak ni serius ker single?? habis tu siapa 'my honey' tu???"


aduyaii... kenapa lah susah korang nak percaya bahawa aku memang seorang yang single, dah berapa tahun aku tak ber'couple ni. selepas beberapa kejadian yang memilukan hati, terus aku set dalam minda ni, tak nak bercinta lagi. cukup-cukup lah. jadi untuk memenuhkan masa aku yang agak sikit ni, maklum lah jadual pergi kerja, balik kerja, sabtu ahad duk umah pulak. bile ada masa-masa terluang tu baru lah keluar ngan member-member office or kawan-kawan U (tapi memang dah lama tak kuar sebenarnya) mane tak nye 2010 banyak kenduri kawen jer...

ok berbalik kepada cerita yang sepatut nya kan, my honey tu sebenar nya....


ni lah 'my honey' encem tak??? heheee

my new camera, DSLR NIKON D3100. ni untuk dak hingusan macam aku ni, yang baru nak belajar merangkak. camera ni memang dah lama aku minat. seperti yang korang tahu kan, aku memang penggemar gadjet. ada lah beberapa gambar yang aku cuba blaja-blaja nak shoot kan.. erm... contoh nyer macam ni...

ni officemate aku... aku suh dia duk situ diam-diam, dia kene jadi model aku...




ni penyu berkepala dua..




klcc snap dari atas bas hop on hop off





tempat ni kalau korang perasan dekat ngan dataran merdeka. pic ni tak de tema. just suka-suka snap..




ok tak mcm ni nye style??




ok ni mesti semua akan tanye, ni sepupu aku. aku snap kat dewan apa tah name dia kat Putrajaya. rasa nyer ok kot cahaya dia.

buat masa ni, aku amik gambar suka-suka jer. ada lagi gambar lain, aku harap ada lah cikgu-cikgu yang sudi ajar aku. untuk skarang ni aku tak dapat nak pegi kelas photografi lagi. iye lah bayangkan time skarang pun masa untuk diri sendiri tak de. apa lagi kalau aku amik kelas lain. huh... memang susah ar. tunggu lah habis blaja baru leh amik lain-lain kursus. tak sabar nak hbs blaja. macam plan aku.

ok korang, kepada yang asik tanya about 'my honey' inilah jawapan nyer... so i'm single and available.. (giler seh.. promote diri... bukan desperate ok) cuma sedang mencari Mr Right. ok daa... wassalam...


p/s: sambungan dari tajuk My Honey?? Siapa kah??

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: