ASSALAMUALAIKUM
Wazup... wazup... dB in da’ blog...
Ok. Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang biodata salah seorang idola aku. Kalau adik-adik nak amik untuk buat assgmt TOKOH USAHAWAN DI MALAYSIA boleh la amik info ni. Gunakan lah sebaik mungkin info ni. Info ni aku dapat dari banyak blog dan website. Kalau nak rujukan dari mana, nanti minta ok kat comment tu. Ada la buat research sikit.
Berkenaan dengan tokoh ini, aku pilih beliau sebagai idola kerana beliau seorang yang baik hati, dermawan, merendah diri, kuat semangat dan ORANG KE-7 TERKAYA DI MALAYSIA. Oleh kerana itu beliau sangat lah boleh di contohi oleh pelajar-pelajar dan bakal-bakal usahawan.
Ini lah TAN SRI SYED MOKHTAR – PIC FROM GOOGLE.
ž Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al-Bukhary.
ž Tempat lahir : Alor Setar, Kedah.
ž Tahun lahir : 1951
ž Pendidikan: SPM
ž Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
ž Kekayaan: RM6 billion (http://newszune.blogspot.com/2010/02/syed-mokhtar-bumiputra-terkaya-di.html)
ž Ke 7 terkaya di Malaysia
ž Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
ž Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
ž Kereta: Proton Perdana
LATAR BELAKANG BELIAU
ž Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
ž Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
PENDIDIKAN
ž Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
ž Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
ž Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
ž Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
LATAR BELAKANG MULA BERNIAGA
ž Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak
ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang
ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak
lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual
daging secara kecil-kecilan.
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak
ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang
ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak
lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual
daging secara kecil-kecilan.
ž Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi
membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi
memajukan diri dalam dunia perniagaan.
membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi
memajukan diri dalam dunia perniagaan.
ž Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
ž Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
ž Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
PERMULAAN PERNIAGAAN
ž Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
ž Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
ž Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. Itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
ž Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. Kini mencecah RM250 juta.
ž Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
ž Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
ž Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
ž Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
STRATEGI BELIAU
ž Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China.
ž Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China.
ž Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
INDUSTRI PAKAIAN
ž Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
ž Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat
keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah
syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.
keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah
syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.
ž Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
INDUSTRI PERKAPALAN
ž beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
ž Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras
dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu
mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya
pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta -
USD600,000).
dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu
mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya
pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta -
USD600,000).
ž Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor
pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor
Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
PENGLIBATAN DALAM PROJEK PENSWASTAAN
ž Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
ž Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk
Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk
Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
ž Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat
Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
KEPENTINGAN
ž Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
ž pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.
ž Selain itu, beliau memiliki 72 peratus pegangan dalam Bernas yang
terlibat dalam perdagangan beras melalui Tradewinds (M) Sdn Bhd dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
terlibat dalam perdagangan beras melalui Tradewinds (M) Sdn Bhd dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Beliau terlalu banyak saham di dalam syarikat-syarikat di Malaysia . Jadi saya telah mengambil salah satu syarikat milik beliau.
TRADEWINDS (M) SDN BHD
ž TRADEWINDS PLANTATION BHD
Terlibat dengan aktiviti pertanian iaitu ladang kelapa sawit.
ž Central Sugars Refinery Sdn Bhd dan Gula Padang Terap Bhd
Aktivit didalam industri penghasilan gula
ž PADIBERAS NASIONAL BERHAD (BERNAS)
Beliau mempunyai 72% dalam BERNAS.
Berikut adalah annual report TRADEWINDS dan BERNAS.2009 - sila semak annual report boleh download di website company tersebut.
Beliau juga pemilik kepada YAYASAN AL-BUKHARI.
OBJEKTIF PENUBUHAN
ž Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
ž Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia .
PROJEK-PROJEK UTAMA YAYASAN AL-BUKHARY
ž Antara projek terbesar yang telah dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
ž Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam
Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan
Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan
ž Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta
kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam
yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di
Sungai Petani, Kedah.
kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam
yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di
Sungai Petani, Kedah.
ž Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban
bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat
berbilang agama dan kepercayaan.
bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat
berbilang agama dan kepercayaan.
ž Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan
Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan
kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang
kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya,
Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan
kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang
kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya,
Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek
Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
SUMBANGAN BELIAU
ž Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
ž Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
ž Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor Setar pada 2004.
ž Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.
ž Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
ž Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.
ž Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.
PENGHARGAAN KEPADA BELIAU
Beliau dipilih sebagai TOKOH MAAL HIJRAH 1429
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan pingat Tokoh Maal Hijrah 1429 kepada Syed Mokhtar sempena sambutan Maal Hijrah di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. (1 Muharram 1429 bersamaan 10 Januari 2008)
BEBERAPA KATA-KATA BELIAU
ž Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
ž Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
ž Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
ž Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
ž Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
TAMAT
Setakat ini sajalah info yang aku dapat untuk tokoh ni. Maaf lah dalam bentuk point sebab aku copy paste balik dari power point presentation aku untuk subjek KEUSAHAWANAN. Kata-kata beliau tu kita boleh ambil sebagai pendorong untuk kita berjaya, terutamanya golongan melayu. Jangan dengki bila orang lain berjaya, ambil positif untuk mengikut jejak mereka berjaya dengan mengkaji rahsia kejayaan mereka ok dan berani mengambil risiko. Jangan tikam belakang ok. Baiklah jumpa lagi untuk tokoh seterusnya.
wassalam





6 comments:
nak thu rujukan dri mne sume nih.. :)
bole tau rujukan??
Salam, ramai yang minta rujukan dari mana.. Maaf sebab sy xdapat nak bagi. Memandangkan external hardisk sy rosak, semua assgmnt dalam tu. Yang sy ingt saya amik dari bnyk blog dan website dan ada satu buku tp sy tak ingt tajuk nye. Nanti sy bg tahu ok.
Dan maklumat diatas ni sy tak update, dan ia bkn latest.. Ni sy buat thn 2011 so mungkin ade bnyk yg dah berubah. So korang kene jugak rujuk maklumat company milik Tan Sri ok.
dila, boleh x pinjamkan power point presentation keusahawanan awak tu? sy nk jadikn contoh tuk murid2 tuisyen sy..
as'salam.. dila, boleh x sy minta copy power point awak tentang keusahawanan tu?? Nak jadikan rujukan tuk anak murid sy..
terima kasih saudari :)
perkongsian yang sangat mantap, dan sangat lengkap ! tahniah :)
Post a Comment