Wednesday, February 16, 2011

..:: 9 tahun Papa pergi::..

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini 17/02/2011, genap lah 9 tahun pemergian ayah ku yang tercinta. Masih lagi aku terbayangkan saat-saat bahagia bersama arwah. Pemergian arwah sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga, ketika itu kami masih lagi memerlukan kasih sayang seorang ayah. Pada tahun 2002, ketika itu umur ku 17 tahun. Tahun yang sangat penting untuk aku akan kerana menduduki peperiksaan SPM.

Masih lagi terbayang di mata, papa datang ke asrama ku. Kuih Pau penuh dua plastik sebagai buah tangan yang dibawa untuk aku dan kawan-kawan. Masa itu, papa datang sorang je sebab papa ade keje kat Singapore jumpa Uncle Chee. Waktu tu memang dah lama aku tak balik Kuala Lumpur, sebab tu papa datang jenguk aku. 

Teringat zaman kanak-kanak dulu, kitorg adik beradik selalu bising kalau tengah main. Papa tengah tengok berita mesti stress. Papa pun bagi la arahan "korang pegi main kat blakang". hehee.. bawak la barang-barang mainan pegi menapak kat belakang sofa pulak.. pastu gaduh pulak, skali lagi papa kata "bising-bising, pegi main kat atas" hehee.. kami pun berhijrah lah kat atas pulak... hehee.. kelakar sangat.

Ada satu malam tu, aku bergaduh dengan adik aku, sampai menangis-nangis tengah malam. Kak Lia (orang gaji) pun tak tahu nak wat macam mane. Skali papa ketuk pintu bilik, "keluar sekarang, duk kat luar ni" kitorg kene duduk kat tengah rumah. Dah la gelap gulita... heheee.. degil juga aku ni kan.. hehee.. kejadian macam tu ada dua kali berlaku. Kesimpulan nya, papa tak penah pukul anak-anak dia, melainkan kalau menipu,dia akan gunakan cara lain untuk ajar anak-anak dia. Teringat penah kene pukul kat tangan. Kat umah memang dah standby rotan ngan bulu ayam. sape buat salah memang kene lah, adik bongsu aku lah yang jadi tukang amik rotan... hehee.. sebab dia tak tahu pape..

Kalau time maghrib, mesti kene solat jemaah. Tak de pengecualian pun. Banyak kisah time berjemaah ni yang kelakar. Ada skali tu, tengah solat. Tiba-tiba depan umah ade bunyi kuat macam bunyi tayar meletop. Papa tiba-tiba melompat. Kitorg memang tak leh tahan kat belakang. semua gelak. tapi sebab takot kene marah ngan papa semua adik-beradik aku tahan gelak. hahhaaaa... sampai skarang kalau cerita semua mesti ingat. Lepas habis jer baca doa, papa terus naik kat bilik, solat maghrib lagi skali. ;p

Seronok time papa ade. Kalau setiap tahun, sesiapa pun punya bezday, papa mesti beli kek ngan makan besar. Aku ingat bezday aku yang paling best, papa bawak pegi makan dengan Kelana Seafood kat Kelana Jaya. Best kan. 

Papa, seorang ayah yang sangat mementingkan kebajikan anak-anak dia dan beliau seorang yang menghargai sesebuah hubungan. Arwah seorang yang kelakar dan loyar buruk sebenarnya, bukti nya ada satu malam, papa panggil aku ajak makan nasi goreng. Papa tahu aku memang suka makan nasi goreng dia (padahal mama dah standby sambal, papa cuma gaul je ngan nasi dan buh telur hancur.), masa tu papa nak tengok berita inggeris kul 11 or 12 am. Pastu tengok cerita omputeh. Bile aku turun nak makan, aku tanya lah "pa, tengok cite ape ni" aku menyapa papa, dengan ringkas papa jawab "citer cowboy" ayat slumber kan. padahal terang-terang pelakon tv tu cakap bahasa Cina. (citer Jet Li sebenarnya, so Kung Fu la kan). huhu.. aku terkene... pengajaran nya, bile orang tengah syok tengok tv jangan la kacau. hehee..

Secara jujur nya, aku memang jarang cium pipi papa, boleh kira berapa kali. Kalau nak pegi sekolah mesti salam cium tangan jer. Kali terakhir papa datang asrama, masa tu mama ngan adik-beradik semua ada. Mama yang drive masa tu. Sebab papa nya masalah kesihatan masa tu tidak mengizinkan dia untuk drive jauh. Masa tu, diorg semua nak gerak balik Kuala Lumpur. Aku pun salam la semua, tanpa aku sedar aku salam, cium pipi papa dan peluk papa. Lepas aku masuk dorm, tiba-tiba aku terfikir sesuatu yang aku tak pernah lakukan. Aku rasa keadaan tadi masa salam papa, sesuatu yang sangat janggal. 

Beberapa minggu selepas itu papa dan mama sepatutnya akan berangkat ke Mekah. Seminggu sebelum mereka fly, kenduri doa selamat diadakan di rumah ku. Masa itu, aku tidak dapat hadir kerana di asrama. Pada hari jumaat selepas kenduri, cuti sekolah selama seminggu. Sampai je aku dirumah, yang ada cuma nenek, org gaji dan anisa (adik bawah aku). Aku tengok kereta papa tak de. Anisa cakap kat aku "la, ko lapar ker? ko g mandi dulu ye, pastu makan". Aku tanya "papa ngan diorang mane?" anisa berdalih, nenek pun hanya pandang je aku. "Papa keluar kejap" kata anisa. "nanti kite citer kat ko"...



sahabat

pic papa time muda-muda


papa dan aku


entry ni awal beberapa jam... sebelum 12am 17/02/2011...

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

2 comments:

A'IM said...

be strong... like u stories

dila bahar said...

yup. terima kasih sebab sudi baca, dan thanks sbb sudi follow blog yang tak seberapa ni...