Sunday, February 13, 2011

..:: Jersi Malaysia ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye korang, rasa nya tak salah kalau aku cakap kehangatan isu Bola Sepak Malaysia masih lagi terasa bahangnya kan. Dapat-dapat isu tentang tawaran kelab indonesia nak menggunakan khidmat Safee Sali sebagai penyerang. Akhirnya terjawab lah segala persoalan, dan FAS telah pun melepaskan Safee Sali untuk beraksi di kelab Pelita Jaya, Indonesia. Harap dia dapat menaikkan nama Pelita Jaya dan membangga kan nama Malaysia. Aku tengah siapkan satu entry khas untuk Safee Sali. Nanti aku bagi link kat sini ok.

Sebagai peminat no1 Safee Sali, aku dengan bangga nye nak tunjuk kat korang semua. Aku beli jersi babe, semangat kesukanan bola sepak nya pasal. padahal aku sebelum ni memang tak minat bola. Apa pun aku kan memang semangat MALAYSIA BOLEH!! tu memang kuat dalam diri. jadi untuk menunjukkan tanda sokongan yang tak terhingga ni, aku beli la jersi. mane tahu leh pakai time jog ke kan (walaupun jog setahun sekali.. hehee).

Kalau korang berminat boleh lah beli skali, nanti kite pakai sama-sama time jog or kalau ada perlawanan bola kat Stadium ker, baru nampak semangat sikit. Ala kalau biasa tengok kat Stadium ASTRO pun ok gak. peduli hape, kalau jiran kecoh kata lah "ada aku kesah ko nak cakap apa... " hehee..

Aku beli online jer, ye lah aku penat servey banyak kedai online ada harga yang mahal tak leh blah ada yang jual RM80, padahal kualiti kita tak tahu kan. pehh... memang tak ar nak beli. dapat-dapat aku nak beli dua-dua warna kan. Kalau nak beli kat dunia realiti ni aku tak tahu nak cari kat mane. ramai kata kat uptown danau kota, masalah nya korang tahu lah. pukul bape yang uptown tu buka. tak pasal mak aku bising pulak kuar malam-malam nak cari jersi nye pasal. Last-last aku jumpa kat facebook satu kedai ni. Diorg dari Terengganu tak silap aku. Service dia ok, memang cepat ar bertindak, tak de lah macam sesetengah kedai tu, kita pm ari ni entah 2 hari baru nak balas kan (ko nak berniaga ke tak nak kan..) customer ni kalau lambat balas memang lari ar cari tempat lain. So kene la jaga hati customer kan.. (meh tuntut ilmu berniaga ngan aku.. hoho.. berlagak, padahal kertas kerja aku pun tak siap2). Mehh.. nak promote kat korang, nama kedai Da Right Choice just cari kat Fb, mesti jumpa nye. senang klik nama or logo diorg kat cni ok. Banyak lagi diorang jual, ada beg, jersi dari kelab-kelab lain. Pandai-pandai la ayat En Hafiz ngan En Alfi tu kalau nak diskaun yer, hehee.. (dah la dua-dua encem.. ooppsss terlebih sudah.. ehhee ;p)


ni bukti yang mereka sangat pantas


bawah ni sambungan pm (bahagian pink tu alamat aku, so p&c la)


cuba korang tengok masa tu. pantas tak?? hee

produk tu pun elok, tak de ar terkoyak sane sini kan. sangat meyakinkan customer. harga berpatutan. 

 Gred AAA
High Quality Material

90% Like original = Al-ikhsan
New Design for Season 2010/2011
Size S, M or XL ( depend on stock)
reservation for confirmation stock



atas ni aku copy dari Fb diorang. Senang jer skarang ni kalau nak shopping. Duk umah, depan pc. pilih barang, order, bayar dan tunggu barang sampai. pehh... semudah itu zaman iT ni kan. Bangga ngan kemajuan Malaysia. b(*_*)
jersi malaysia
pagi-pagi aku dah basuh baju ni, pastu pe lagi photoshoot la.. hehe
jersi malaysia
pehh!! lawa kan. blom rasmi lagi ni. makan hati lah adik aku tengok nanti. hehee

jersi blog
special kan siap ada 'tanah tumpahnya darahku' tak semua jersi ada ni tau. kene pandai pilih.
ok korang, selamat lah untuk bershopping. hehee... 'berbaloi-baloi babe' k.. daa...

ppssstt: En Da Right Choice nnt jangan lupa bagi diskaun yer.. hehee

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

2 comments:

Donut said...

Terima kasih!! aku dah lame carik tempat nk beli baju peliat jaya, berapa harga plus shipping skali baju tu?

dila bahar said...

incik donut, bj pelita jaya tak tau la ade ker tak.. awk blh contact mereka di facebook yer... (jgn lupa ckp tahu dari blog dilabahar ok... tQ- kalau tak nak ckp pun tak per... ;p)