Thursday, February 17, 2011

..:: part 2 - 9 tahun Papa pergi ::..

ASSALAMUALAIKUM


Selepas makan malam, aku tanya anisa "apsal diorang tak balik lagi? dah malam. Keluar nape tak tunggu akak skali" biasa nya kalau pergi mana-mana, semua mesti ikut. Beberapa minit selepas itu, kak yen (akak sulong) pun balik tak silap aku pak long yang hantar. Aku tanya kak yen, dia pun cerita kan semua nya bermula kejadian selepas kenduri doa selamat tempoh hari. Aku masa tu memang tak percaya, papa masuk hospital. Pagi jumaat time aku balik dari asrama, papa dah buat operation kaki dia tak dapat digunakan lagi. mesti di potong untuk keselamatan diri dia. 

Hari sabtu 10/02/2002, sampai je di Hospital Selangor Medical Centre (SMC sekarang Selangor KPJ) kami terus ke ICU. Masa tu ramai saudara yang dah menunggu giliran untuk masuk ke dalam untuk melawat, limit 2 orang untuk skali masuk tengok pesakit. Aku terus masuk jumpa papa. Masa tu papa tak sedar kan diri lagi. Aku tengok papa dari luar, lepas orang lain keluar aku pun masuk ke bilik papa. Aku salam papa, aku cium pipi papa. Papa tanya "siapa ni?", air mata aku jatuh, papa tak kenal anak dia "papa, ni ala" papa tak bercakap lagi. Kak yen pun masuk, papa cuma cakap benda yang aku tak faham. Tentang flight, estate dan 16 serta 17 (papa sebut dalam bahasa inggeris). Aku cuma pandang kak yen dan kitorg keluar, kami menangis sepuas-puasnya kat pintu masuk ICU. aku tak dapat menahan lagi air mata, bila tengok keadaan papa. Aku tanya kak yen "apa yang papa merepek tu, estate lah, no flight la, 16 ngan 17 tu apa?" kak yen hanya menggeleng. 

Sepanjang seminggu tu, kami ulang alik dari rumah ke hospital. Sesekali aku pergi menjengok papa kat dalam, aku tanya " papa haus? nak air?" papa hanya menggeleng. Aku menuang air di dalam cawan di sebelah katil papa. tiba-tiba papa kata "nak air". Aku pun tersenyum, aku hulurkan cawan, tapi papa tak dapat pegang sendiri, rupa-rupa nya tangan papa diikat di katil. Selepas arwah dibedah, arwah tanggalkan semua wayar-wayar pada badan dan membuka penutup oksigen di mulut nya, kata arwah dia lemas. Atas sebab itu doktor menyuruh tangan dia diikat. Aku pun mengambil straw di atas meja air dan menghalakan ker mulut papa. Banyak papa minum, haus agak nya. Bile aku tanya, "papa nak air lagi" papa menggeleng. Aku tuang lagi air dan bertanya soalan yang sama. papa menganguk. Sekali lagi aku menghulurkan straw. Papa bertanya "kaki papa dah tak de ker?" aku menjawab "a'ah". Papa tanya lagi "nanti papa kenelah pakai kaki palsu kan nak pergi kerja?" aku hanya menjawab ringkas "a'ah pa". Cuba korang bayangkan macam mana nak hidup dengan kaki sebelah, apabila seumur hidup korang sudah biasa dengan nya. Kuatkan semangat papa.

Beberapa hari selepas itu doktor kata papa dah sihat. Boleh pindah ke wad biasa. Semakin hari semakin sihat, papa dah mula gelak, makan sikit-sikit tapi nasi memang tak boleh makan. Cuma buah pinggang tak leh guna nanti kene buat dialisis. Hari Jumaat 15/02/2002, papa panggil kami berlima duduk di sisi dia. Papa memberi amanat terakhir rupanya. Hari sabtu aku harus pulang ke melaka, cuti sekolah dah tamat. Antara ayat terakhir papa 

"papa dah cuba bagi apa yang korang minta, semua papa bagi adil. Setiap tahun papa sambut bezday korang semua"

"papa cuma nak tengok anak-anak papa berjaya, itu je papa minta"

"korang kene jaga mama baik-baik"

Hari jumaat lepas zohor tu, wad tu sunyi jer, cuma terdengar suara kami menangis. Aku genggam tangan papa. Air mata papa jatuh. Kali ke2 aku melihat air mata papa mengalir. Kali pertama semasa kecil, ketika arwah kakak papa meninggal dunia.

Pada Sabtu 16/02/2002, kawan papa datang melawat. Papa gembira sangat, gelak-gelak. Masa tu aku dah otw ke negeri sembilan ikut abang saudara, sebab esok nya dia yang akan hantar aku ke asrama. Adik aku anisa dan abang yang ikut ke negeri sembilan. Malam 16hb tu, aku tak boleh tidur, mungkin kerana rumah orang jadi tak biasa. Akhirnya lelap juga, tiba-tiba pada pukul berapa aku tidak tahu, aku terdengar bunyi telefon. Mak mertua abg saudara aku kata "panggilan untuk abg chik, akak call" aku terdengar "busu tengah nazak" (busu panggilan untuk papa). Tapi aku diam sahaja buat-buat tidur. Pada jam 4 pagi (tak silap aku) telefon berbunyi lagi. abg saudara aku menjawab " busu dah tak de, innalillah". Tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Abg saudara ku, meminta isteri nya mengejut kami. Aku pun keluar duduk di ruang tamu. Abg saudara ku berkata "Papa dah tak de, korang kemas baju, jap lagi solat subuh kita solat jemaah dan pastu terus gerak balik melaka" kami terpinga-pinga. bayangkan pada tahun 2002 aku akan mengambil SPM, anisa PMR dan abang UPSR. Bagaimana adik-adik aku nanti. Abang yang tak faham ayat tu hanya gelak "papa pergi mane?" abg saudara aku pun menerangkan kepada kami bertiga tentang panggilan telefon tadi. 

Kami pun masuk ke bilik untuk kemas barang, aku termenung di tepi almari. memang tak percaya, semalam aku tengok papa sihat. Mustahillah... Dalam perjalanan ke Melaka, aku bertanya pada adik ku, "hari ni berapa haribulan?" anisa menjawab "17hb" "ha'" dengan riaksi terkejut aku membuat kan orang dalam kereta semua pandang aku. "kenapa akak tak terfikir papa nak bagi tahu pasal tarikh ni?" "kenapa la?" "papa pernah cakap 16 ngan 17, tapi akak ngan kak yen tak faham, ingat kan no biasa"... kami bertiga pun terdiam. Sampai di melaka, jenazah belum sampai. Kami duduk di dalam bilik, abang bertanya "korang percaya tak papa dah meninggal dunia?" aku menjawab "kita kene terima hakikat" abang menjawab "selagi abang tak nampak papa, selagi tu abang tak nak percaya". 

Sampai je jenazah dan masuk ke rumah. Baru lah aku berjumpa dengan kak yen, mama dan adik. Aku duduk disamping papa, dan menunggu seseorang untuk buka ikatan di kepalanya. Ada seorang lelaki datang dan membuka ikatan dan menutup dengan kain batik lepas. Baru lah aku dapat melihat wajah papa. Bersih, senyum dan tenang. Selepas semuanya selesai, selepas jenazah di kafankan kami pergi mencium papa untuk kali terakhir, sejuk.

Hanya abang dan orang lain sahaja ikut ke kubur kerana Uncle Chee dan staff papa datang melawat di rumah. Petang itu baru kami menziarah kubur papa.

Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang anak yatim, yang berjuang untuk menunaikan janji-janji yang telah aku ikatkan dengan arwah papa. Doakan aku berjaya menunaikan amanah yang aku pegang. Mama ku adalah wanita yang paling tabah yang pernah aku kenal, sehingga papa menghembuskan nafas yang terakhir, mama lah orang yang berada disisi papa. Papa dan mama pasangan yang sangat sempurna. hehee... ;p


pusara arwah papa

pesanan aku kepada semua pembaca, hargailah kedua orang tua kita selagi ada hayatnya. Sayangilah mereka, hormatilah mereka selagi mereka masih bersama kita. Jangan apabila sudah terlambat baru kita tersedar bahawa mereka adalah segala-galanya bagi kita. Buat teman-teman yang tidak pernah mencium kedua orang tua kita, pergi lah berbuat perkara tersebut. Jangan tunggu bila jasad dah sejuk baru kita nak mencium wajah mereka. Masa itu, kita tidak akan dapat merasa hangat nya lagi jasad tersebut.

Maaf andai aku membuat kamu semua menangis... inilah pengalaman ku. 

"bukan untuk meminta simpati, cuma ingin berkongsi."




TERIMA KASIH / THANK YOU :)

3 comments:

A'IM said...

i cry when read this moment.. be strong and good luck..

dila bahar said...

=) thanks. Doakan saya dan kirimkan Al-Fatihah yer.

Ikut nasihat sy, syg lah parents awk sblom diorg pergi, kalau ada buat salah pergi minta maaf.

dah2 jgn nangis lagi... buruk muka ensem ni nangis... hahhahaa..

Such a Mess said...

Terkedu dan sedih! i miss my dad to!

rasa rindu! haha!