Sunday, March 6, 2011

..:: intro - Pahlawan Ku ::..

ASSALAMUALAIKUM

Ada benda nak bagi tahu ni, 1hb Mac adalah Hari Tentera Darat. Ada aktiviti disediakan di Dataran Merdeka kalau rajin jom lah join. Sebenarnya mula hari Jumaat lepas sampai ahad ni esok la (6/3/2011). Esok kalau tak de aral insyaallah aku pegi ngan mama. Ambil kesempatan nak belaja 'snap' gambar-gambar cantik. Tapi memandangkan skarang dah pukul 2.56 pagi, tak tahu la pulak pukul bape aku nak bangun sok. hehee... ok lah. Kalau aku pergi Dataran esok, aku masuk kan gambar hasil jalan-jalan aku yer. Ok selamat pagi. daa..

Aturcara Hari Terbuka Tentera Darat

Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 akan diadakan pada 1 Mac 2011. Justeru, Tentera Darat (TD) akan mengadakan Hari Terbuka TD mulai 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Berikut adalah aturcara-aturcara sempena Hari Terbuka Tentera Darat pada 4 Mac hingga 6 Mac 2011:

4 Mac 2011 (Jumaat)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)


0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)

Sambutan Hari Terbuka TD dibuka kepada orang ramai dan juga pelancong. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena Hari Terbuka TD.


TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: