Saturday, March 12, 2011

..:: Japan Earthquake - Tsunami 2011 ::..

ASSALAMUALAIKUM

11 mac 2011 - Kita dikejutkan dengan bencana alam Tsunami yang berlaku di Jepun awal tahun 2011. Dugaan dari Allah datang dalam pelbagai cara, tujuan Nya untuk mengingatkan kita supaya jangan lalai dengan urusan duniawi. Mungkin kah kita sedang mengejar kekayaan dunia tanpa memikirkan bekalan di akhirat? Kamu boleh fikir sendirikan.

Andai ada orang islam menjadi mangsa, mari kita doakan semoga roh mereka ditempatkan disamping orang-orang yang soleh, doakan juga kepada mangsa yang terselamat semoga Allah melindungi mereka dari pelbagai penyakit. Pengalaman masa Tsunami (2004) dulu, pelbagai wabak bawaan air seperti taun, malaria, cirit-birit dan demam kepialu harap mereka dan kita akan lebih berhati-hati, berpunca dari air kotor, air bertakung dan wabak dari najis. Jika tidak diatasi akan menyebabkan jumlah kematian yang sangat tinggi.

Beberapa video, semoga dijadikan iktibar.


pusaran selepas tsunami




videoclip ni sikit sedutan dari tsunami 2004

kepada sukarelawan yang akan ke sana, semoga selamat pergi dan selamat pulang.

"Tuhan usah bebankan kami, dengan bebanan yang berat, seperti yang telah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami, Tuhan jangan pikulkan kami yang tidak kami terdaya, maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa-dosa, Rahmatilah kami" 

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

3 comments:

A'IM said...

doakan untuk mereka.. hurm... lagu kuat sangat

dila bahar said...

hahaaa... cikgu, adjust la volume tu.

mia.lia said...

ksian btol kt diorang
mkin lame lia tgk mkin byk bncana..
dnia nak kiamat :(