Saturday, March 12, 2011

..:: Me vs High Heels ::..

ASSALAMUALAIKUM

AMARAN!!! entry ni mungkin berkaitan dengan girl, tapi laki boleh jer kalau nak baca.

hye, untuk tajuk ni aku nak berkongsi dengan korang tentang "ME VS HIGH HEELS" tapi ini bukan berkaitan dengan movie indonesia yang popular tu 'Ayushita sebagai peneraju utama filem ini' sinopsis korang boleh google, cerita ni best gak. Untuk girl macam aku, yang ala2 ganas tapi tak sangat.

google pic

atau pun
google pic
novel yang ditulis oleh Maria Ardelia, walaupun nama dia ada sikit-sikit macam nama aku.. hohoo... aku tak pernah baca novel ni lagi. So, no comment.

Aku nak cerita, kisah suka duka aku dengan high heels. Bila kali pertama korang belajar pakai heel shoes? ermm... mesti ada yang jawab "sorry tak minat pakai heels" or "time interview" (giler hape pakai time interview, mau terpele-ot kaki ko depan bakal majikan atau pun "rajin pakai time nak pergi kenduri kawen jer, coz turun kereta terus pegi makan then masuk kereta balik". huh.. masing-masing mesti ada pengalaman kan.

Aku mula pakai "kasut tumit tinggi" ni time study kat Politeknik dalam sem2. Mula-mula pakai sandal biase jer. Tapi kat Politeknik aku ada peraturan boleh pakai sandal tapi kene ada tali belakang. Then akak aku lah pengaruh, "ko ni cuba jadi pompuan sikit, cuba lah pakai heel pergi kelas. Kita ni jabatan Perdagangan so, blaja-blaja la jadi Businesswoman" haish.. lalalaa.. Akak aku yang belikan heels pertama aku. Aku just bagi saiz, dia yang belikan. Tapi untuk permulaan rendah jer dan tapak dia rata. Pergi kelas kene pakai, coz kalau terserempak dengan akak aku habis lah. Redah je ok. Lama-lama pakai makin naik lah pangkat aku. Makin lama, Makin tinggi... heeehee.. sebab syok plak jadi tinggi kan..

Pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan bila, kasut aku patah!! erkk... percayalah pengalaman ini tak semua dapat rasa ok. Malu giler babe. Depan bengkel motor pulak tu. 

google pic

Cerita dia macam ni, time tu aku nak balik kerja. Untuk ke lrt bangsar tu dari office kene lalu banyak rintangan. Cuba bayangkan betapa mencabarnya perjalanan aku nak mencari rezeki. Jauh kot dari cheras ker bangsar, dua tren sey. Lepas tu aku jalan la dengan penuh bergaya ala-ala model kan, pakai heels kata kan, control cun la. Depan tu ada bengkel motor, satu jer la aku tak suka lalu kat bengkel, Sebab banyak motor, dah la park atas kaki lima. Then minyak itam tumpah lagi. "oit, ko tau tak effect minyak hitam tu dengan kasut aku ape? licin der.." rasa macam nak sound jer. Sabar jer lah yang aku mampu. Tiba la saat didepan bengkel itu, tiba-tiba aku rasa macam tumit aku termasuk ke dalam lubang. Tapi aku berjaya angkat balik, tanpa melihat jalan. Aku teruskan juga jalan cam tak de pape berlaku. langkah pertama ok. Tiba langkah kedua, oh tenggelam lagi. Aku pun tengok la kenapa leh jadi macam tu. Tiba-tiba satu suara garau cakap "patah dik" ha'?? aku tak faham. Aku pandang abang tu duk atas motor. Abang tu ulang "tumit tu patah" oh time tu rasa macam nak menyumpah-nyumpah bengkel tu huh.. muka aku merah kot time tu. Nasib baik tak de mentos time tu. Kalau tidak mesti aku dah patahkan sebelah lagi. Ingat tak iklan ni.


tapi aku teruskan juga perjalanan dengan kasut yang patah tu. Jalan terus pergi KL Sentral cari sandal murah-murah jer. Sementara beli kasut baru. huh.. sadis babe, aku sayang giler kasut tu. Sebenarnya aku dah lama tak pakai kasut tu, so pagi tu tiba-tiba rasa macam nak pakai kan tangan pun gatal lah capai. 
kasut tu lebih kurang macam ni lah. tinggi pun sama - google pic

Selepas kejadian tu, aku pun insaf lah. Insaf nak berhati-hati bila lalu depan bengkel tu. Tapi tak insaf lagi bab high heels tu. Aku masih lagi minat heels. Memang degilkan, kejadian itu tidak mematahkan semangat aku untuk berjalan guna heels ok. hehee.. Ada gak kadang-kadang pakai sandal biasa kalau nak jalan shopping or jalan jauh cam nak cuci mata kat jalan TAR ker kan. Pergi opis pun kadang-kadang jer pakai heels. Tapi kasut untuk pergi opis tak de la tinggi sangat pun dan ala-ala macam kasut bawah ni. tapi rendah sikit dalam 2inci setengah.


google pic

Idola aku bab-bab kasut tumit tinggi ni, haruslah Fazura kan. Kenapa kak Faz serius sebab dia sangat cantik dan kasut dia pun lawa-lawa. Cerita menarik cam Gol & Gincu. Memang girl kan. Tapi aku tak de la reti fesyen macam dia. Aku jenis blasah jer. Tak reti lah, tapi suka tengok orang berfesyen. Lagi satu bila pakai high heels kan secara automatik kita nye cara jalan akan teratus dan badan akan tegak tau.

google pic

Kisah aku tu, aku ok jer. Tak de rasa malu pun. Bila fikir balik kan perlu ke aku nak malu sedangkan Lady Gaga - artis pun penah jatuh time pakai high heels boot dia. ermm.. so, kepada yang ada niat nak bahan aku dengan cerita ni, lupakan jer la. ok.

Lady gaga - google pic 

 giler sey kasut dia.- google pic

Banyak lagi jenis-jenis heels yang pelik-pelik kan. huh.. Rasa macam nak try, tapi nanti mama bising "ko ni asik beli kasut jer" hahahaa.. kan dah kene. ;p

 hahaaa... - google pic


pelik kan. - google pic

cute - click pic ni untuk shopping (google pic)

aku belum tahap macam ni la nak jog pun pakai heels kan. buat sakit kaki aku jer. Ada gak yang buat pertandingan berlari guna high heels. peh.. tak tau la mane dapat idea tu. omputeh ni macam-macam idea kan.

Ok daa.... 


TERIMA KASIH / THANK YOU :)

2 comments:

kim heeruul said...

high heels bahaya girls..

dila bahar said...

baik la En Kim...