Thursday, March 10, 2011

..:: Pahlawan Ku - Hari Tentera Darat 2011 ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye, berjumpa lagi kita di entry yang baru setelah sekian lama aku menyepi dengan tugas harian. cam la bz sangat kan.. kalah Perdana Menteri. hehee.. ok seperti yang dijanjikan merujuk tajuk sebelum ni aku janji nak tunjuk gambar hasil aku menapak kat Dataran Merdeka hari ahad 06/03/2011. peh.. ramai orang sehh... seperti yang korang sedia maklum aku memang tak suka tempat ramai-ramai orang ni, tapi aku pergi gak sebab nak belaja shoot gambar dengan di temani 'my honey'.

Sebelum cuci mata, korang baca citer aku dulu ok. Malam tu kan aku tido lewat, kul 3.00 pagi baru tido. Mana tak nye dari kul 2 kuar rumah pegi karok ngan family pastu pegi makan kat restoran chili padi. Penat tapi seronok sebab jarang dapat berkumpul sama-sama. Mama ngan adik kata nak teman aku pegi dataran, so aku tak kisah la sangat mungkin diorang akan kejut nanti. Bangun jer pagi tengok jam kat dinding bilik dah kul 8 pagi. huh.. cepat-cepat bangun terus mandi. Aku cakap kat mama, "ma, jadi ke pegi dataran?" mama jawab "mama penat la, tak jadi lah ikut." huh... sabar jer la. Aku pun pegi la terjah bilik mama nak gerak adik. dia pun geleng jer kepala.. aduyai.. semalam macam berkobar-kobar nak pegi. Last-last aku bungkus barang-barang, bekal air, tisu, camera dan gula-gula. aku pun gerak dari rumah pukul 9 pagi. HA!! kul 9, memang tak ar kan. Aku nak pegi sana tengok dance askar tu, dengan senjata dia. tapi terlepas. Mula kul 9, yang aku baru gerak dari rumah.

dance warrior.. -google pic.
Sedih seh.. kecewa hati aku, luluh jantung ni.. aku sampai kat dataran dalam kul 9.20 ni gara-gara Star LRT memang lambat hari sabtu ahad. Sabar jer lah kan. Turun jer lrt aku tolak semua orang nak cepat. Nasib baik aku pakai sport shoes tau, leh la aku berlari. hehee.. Dah macam dak skolah aku ni bawak beg skolah lagi. Kalau orang tengok mesti ingat Form 1. (hahaa.. perasan muda ni..). Ok sampai jer dataran orang memang dah ramai, aku pun pegi la menyelitkan mentang-mentang kecil. Dapat gak duk depan skali, join dak-dak kecil. Tengok-tengok dah sampai perbarisan kenderaan trak-trak askar ngan kete kebal. huh... sadis nye. Tapi tak per aku snap la gak gambar, walaupun kenderaan kan. Sampai kene sound ngan sorang pak cik ni. "kak, duduk la. Macam mane orang belakang nak nampak" huh.. aku wat muka tak bersalah jer. Terus aku melintas pergi cari 'pot' baru. Jalan-jalan akhir nyer dapat view baik punya. aku join dak kecil duduk. hurm.. selesa pun. Mula lah keje aku.. jom cuci mata..

hari tentera darat 2011
ni pic kat pentas utama

hari tentera darat 2011
aku suka pic ni

hari tentera darat 2011
ni trak biasa

hari tentera darat 2011
ramai kan orang, sampai pak cik askar tu marah sebab tak dapat nak kawal orang awam.

hari tentera darat 2011
skali pandang macam dinasor kan

hari tentera darat 2011
agak nye budak ni pun dah bosan tunggu trak tak sampai-sampai. 

hari tentera darat 2011
siap sampai bangunan sultan abdul samad pun photografer menebeng, kalau tahu aku join skali.

hari tentera darat 2011
ok ni persembahan motor, ala yang orang bertingkat-tingkat. (pic tak dapat snap sebab orang tolak2)

hari tentera darat 2011
ni salah satu kete kebal (banyak pic lagi kat flickr aku)

hari tentera darat 2011
persembahan payung terjun

hari tentera darat 2011
ni kat tempat pameran (pondok pisang sesikat)

hari tentera darat 2011
kat tempat pameran

hari tentera darat 2011
teropong jodoh. hahaa.. nak try??

hari tentera darat 2011
ok ni bukan hantu, ni salah satu teknik penyamaran. (jangan tanye aku apa no fon akak tu, sebab aku tak kenal ok)

hari tentera darat 2011
kalau korang nak tahu helikopter ni lah yang slalu bising time nak merdeka, dia buat latihan. terbang rendah giler.

hari tentera darat 2011
ni askar ensem. hahaa.. giler gatal aku betul2 cuci mata kan.

hari tentera darat 2011
pic ni dah lame nak amik, cuba teke lrt mane??


Pengalaman aku, pergi event macam ni memang syok sebab kita dapat tengok secara dekat kan. Macam-macam persembahan lagi, ada macam drama la cara macam mane skuad komando nak selamatkan tebusan dari sebuah bas. Ni aku tak nampak, just dengar jer. siap ada bom tu. Memang real la. Geram punya pasal sebab tak nampak, aku pun jalan lah pergi tempat pameran. Dalam kul 11 aku gerak balik umah. Peh... jalan sorang-sorang memang syok babe, mula-mula takut gak sebab ramai askar. Tapi berbekalkan muka aku yang garang dan ala-ala gengster ni memang tak de pape jadi. Selamat... 

Aku ada berita baik, tengah menembak tiba-tiba ada sorang akak tu tegur. Dan dia offer untuk jadi partime photografer company andaman dia. Dia kata lebih baik amik dak baru senang nak berurusan. tapi aku ingat nak pas dekat member, sebab aku belum ada keyakinan nak buat shoot orang kawen ni. Korang semua doakan aku berjaya yer.

bawah ni sedikit info tentang Hari Tentera Darat.

"Setiap tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 78 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri"

jadi kita kene la menghargai pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara Malaysia. Semangat MALAYSIA BOLEH!!!!

ok daa... 

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

4 comments:

Heidi Shafiq said...

ah ruginye aku x dpt tgk..

dila bahar said...

serius best... ;p

Solihin Zubir said...

smngat btol bila dpt tgok abg2 tentera ni.. heheh..

dila bahar said...

SZ : bukan semangat sangat pun. Pergi pun sebab nak blaja 'shoot'. Saje2 blaja guna DSLR.