Sunday, April 10, 2011

..:: Seram : Aku Nak Cerita ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye, untuk entry kali ni aku nak citer pengalaman menyeramkan time duk sekolah asrama kat Melaka dulu. Sebelum tu aku nak tanye korang, adakah korang percaya dengan kewujudan Hantu? Yang aku tahu hantu ni tak de, cuma jin dan syaitan yang menyerupai dan mengganggu manusia. Saje nak buat goyang iman manusia, seperti yang sedia maklum mereka-mereka ni dah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam. Jadi pelbagai cara mereka2 akan guna kan supaya plan mereka2 berjaya.

Ok berbalik kepada tujuan asal aku buat entry ni. Aku penah kene kacau banyak kali gak la, tapi pengalaman yang paling Hot ada 3 kali. Rasa nya korang mesti penah kene gak kan, contoh macam dengar orang panggil nama kite ker, or kene tindih ker... tul tak?? itu aku penah kene. Tapi kali ni aku nak kongsi 3 pengalaman paling hot. Pada yang rasa itu pengalaman biasa, tak yah la baca. Pada korang-korang yang agak kurang berkeyakinan lebih baik baca time siang ok.

Pengalaman 1 : Kene gatal-gatal.

Time ni aku form5, biasa lah asrama kan semua wajib solat di surau. Tidak dibenarkan solat di dorm. Waktu ni maghrib. Senior biasa akan solat lambat sikitkan, coz surau aku tu kecil. Junior kene solat jemaah. Lepas jer junior kuar nak balik dorm, siap-siap pegi prep. aku pun solat la, kebetulan aku kene solat sorang coz bff aku 'peot' lak. surau pun sunyi sepi jer lepas semua junior keluar. Habis jer solat, aku jalan lah balik ke dorm. Dorm aku agak jauh sikit dari surau, kene lalu depan dorm lain la. Dalam perjalanan aku tu, aku leh nampak dewan makan, bangunan aspura dan umah warden. Aku jalan la macam biase dengan telekung masih bersarung. Tergerak hati nak pandang kat dewan makan, sekali imbas jer. Pastu ternampak kelibat orang dalam tu, padahal gelap jer kitorg tak di benarkan pergi kat ctu waktu prep. Pandang lagi skali dah tak ada. huh... Pastu sy duk pk sambil jalan... apa benda tadi tu yek? ermm... sampai jer dorm, aku jalan pergi kat katil. Siap-siap nak pegi prep. Tiba-tiba aku rasa badan aku gatal-gatal. Garu kat tangan, dah naik macam kene gigit nyamuk, cepat giler dia naik. Muka pun hampir bengkak. Aku cakap ngan bff aku. Pastu dia bagi bedak gatal suh sapu. Dia pun duduk sebelah aku. "ko ni kenapa dila?" "kenapa apa?" aku jawab. "ko ni langgar apa tadi?" erkk... aku pun buka la citer pasal balik dari surau sampai la masuk dorm. pastu dia kata "lain kali kalau nampak jangan tegur"... baca jer ayat kursi... huh.. dia kata aku ni kene sembur ngan cik ponti.. huh... sbrnya yg kat dlm dewan makan tu cik ponti la.. baru lah dia buka citer kenapa kitorg tak leh guna dwn mkn tu, dan tak dibenarkan pergi kat situ.

Pengalaman ke2 : Kawan aku ke Hantu?

OK latar masa dalam jam 2 pagi kot. Time tu sebenarnya aku dah tido. Tinggal beberapa orang jer yang masih belum tido, aku bengang juga diorg ni dah lewat-lewat tak tido lagi. Kalau study tak pe la gak. Ini duk gelak-gelak. Mula nya diorg yang kene kacau benda tu main chak chak kat pintu. Susunan katil dalam dorm kitorg tu couple2 katil double decker. Kira belah kanan ada 8 katil dan belah kiri ada 5 or 6 katil aku pun tak ingat sangat. Berhadapan dengan katil aku ada almari kira lebih tepat ruang antara katil. (harap korang boleh bayangkan ok. Lepas diorg kene kacau tu dalam 4 org, diorg berdiri lah dekat ruang antara katil tu. Kira berhadapan dengan katil aku. Diorang pun panggil la nama aku banyak kali, coz aku memang senang terjaga. Ada junior aku yang kata "kejut kak dila, sbb dia senang bangun" mane tak nya, kalau sesiapa takut nak pegi toilet malam-malam memang ajak aku la. Aku pun terjaga lah dengar diorg panggil, lepas tu aku tengok lah diorg semua. Aku tak bape nampak, yang aku perasan ada salah seorang dari diorg ni tengah gelak-gelak. So aku pun buat tak tau je lah. Coz aku penah kene ngan dak dorm time aprilfool. Diorg ni kadang-kadang nakal, so malas nak layan. Lepas beberapa minit diorg panggil lagi, dengar bunyi junior aku tengah menangis kuat sangat. Aku pun bangun la duduk kat katil. Aku tanye " kenapa ngan korang ni?". Pastu diorg semua lari ke arah katil aku. Sorang tido satu katil ngan aku, 3 orang lagi tido dekat katil sebelah dan sorang lagi naik ke katil atas. Sebenarnya katil atas tu memang kosong, coz junior tu dah kuar dari asrama. Aku pun buat biase jer. Budak yang tido ngan aku tu, peluk aku punya lah kuat sambil nangis-nangis. Aku pun suh la dia baca ayat-ayat suci sampai lah dia tertido. Bff aku pun terjaga time tu. Esok pagi nya pas mandi, aku pun tanye lah diorang. " apa citer korang semlm?" adalah yang kata " tak de apa2" aku pun ok jer. pastu aku nampak budak yang naik katil atas tu. Aku cakap lah "wei.. smlm kan org lain duk katil bawah, apsal ko naik katil atas?" pastu semua yang ada pada kejadian tu semua pandang aku. Milah (budak yang naik katil atas) tu pun jawab "bile pulak aku ada malam tadi, aku tertido kat bilik prep la, time study ngan kwn"... aku pun terpinga2.. "betul la ko ada, ko lah gelak-gelak time diorg panggil aku, aku ingt ko main-main, lepas tu aku baru dengar adik ni nangis tu yang aku bangun" adik tu pun datang kat aku "kak dila, kak milah tu tak de ngan kitorg lah smlm" erk.. aku pelik.. aku pun tanye bff aku. dia nampak tak si milah tu smlm. Dia cuma angguk jer. Petang tu barulah adik cerita kan dari A-Z.. huh.. sampai skarang aku tak puas hati coz dak milah tak nak ngaku yg dia ada malam tu... kalau bukan dia siapa pulak tu???

Pengalaman ke3 : Pindah randah

Masih lagi di tempat yang sama, dalam dorm yang sama. dalam story ni ada 3 malam tau. Ada satu pagi tu aku bangun-bangun jer terus capai baldi pegi mandi. Lepas solat semua, aku pun tengok lah katil couple kat sebelah aku. eh si milah ni apsal tido katil situ pulak. Diorang tido 3 orang. Peraturan asrama, memang tak boleh tido 1 katil lebih dari sorang. sama lah juga 2 katil tido 3 orang. Coz penah ada kes lesbian tido sama. Aku pun tanye lah bff aku, "kenapa milah tu tido ngan Rin ngan Lis?" bff aku pun kata, "entah lah". dalam kelas barulah Rin cerita kat aku, malam tu milah tak leh tido. Tu yang dia pindah katil. Pada malam seterusnya, dalam kul 1 pagi kot tiba-tiba Rin ni bangun dari katil dia dan pindah ke katil aku. Dia tido kat tengah-tengah antara aku ngan bff. Aku pun tak kisah lah. Sok pagi aku tanya, apsal ko pindah katil. Dia jawab tak de apa-apa. Tiba-tiba aku terfikir, Milah pindah ke katil Rin, Rin pulak pindah ke katil aku. So malam ni mesti antara aku atau bff aku yang kene kacau. Aku citer lah teori aku kat bff, dia pulak kata mungkin juga. kita tengok lah malam ni. Aku dah kata dalam hati, benda ni mesti nak buat tak baik kat dak dorm aku. So aku kuatkan hati, kalau aku kene malam ini aku tak kan beralih. Tiba lah malam, habis je prep aku pun tido. Jangan harap aku nak sambung study, sedangkan time prep pun aku tido. hahaa... Tak pasti pukul berapa, tiba-tiba aku terjaga, dan bulu roma meremang jer. Aku ternampak kat belah kepala aku (belakang kepala katil aku) ada sesuatu yang sangat besar dan berwarna hitam. Tapi aku cuma jeling-jeling jer. Takut punya pasal aku pun pejam mata dan pegang kuat-kuat buku yassin kat bawah bantal. Mulut dah kumat-kamit baca ayat kursi, tp sampai ayat terakhir tu mula lah silap-silap. Ustaz kata ayat yang terakhir tu yang paling kuat untuk lawan-lawan ngan benda tu. Dia slalu kacau kita bila nak baca ayat terakhir tu. Banyak kali aku ulang. Tak tau kul bape aku tertido. Sampai lah pagi aku bangun pagi, tengok kat belah kepala katil tu, Memang tak de apa-apa melainkan telekung aku yang berlipat. Pastu tu sorang budak dorm tanya aku "dila, kenapa ko menangis semalam?" aku pun pelik "bila pulak aku menangis?" "iye dila, aku nampak ko duduk atas katil sambil peluk kaki ko" rambut aku pulak memang panjang dan lurus time tu, so memang sama la dgn benda tu kot. aku pun kata "smlm aku tak nangis pun, dan aku tak duduk pun macam yang ko ckp tu." huhu... mlm seterusnya dah tak de apa-apa benda pelik berlaku...

Lepas korang semua baca citer aku ni, korang rasa logik tak apa yang berlaku? Aku masih tertanya-tanya siapa orang yang menangis, siapa yang gelak-gelak dan siapa yang kat dewan makan. Betul ker hantu itu wujud?? dan betul ke dia boleh menyerupai manusia?

Nasihat aku, korang jangan lah berani sangat dan penakut sangat. Coz golongan yang mcam ni lah yang benda tu lagi suka kacau. Kalau masuk hutan tu, mulut jangan celupar sangat. Kuat kan iman, solat jangan tinggal, ayat kursi tu kene hafal dan bila orang kata "JANGAN" so jangan lah buat. Ok. Lepas baca cerita aku ni, jangan lah takut nak duk asrama pulak yer. Benda-benda ni biasa lah kat asrama.

Ok daa...

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

2 comments:

IJAT360 said...

ni yang den tak suko baco entri hantu malam2 ni..dah nak tido susah.. hadoi..

Mr Danel said...

asrama stndart lah! sye dulu duk asrama..depn blik sye ada pokok besar! kat situ ada mkcik and kak cik ponti ! dmn gile! last2 dorm sye uh kosongkn3..jadi store! hahah!