Monday, May 23, 2011

..:: minggu pening datang lagi ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye korang. Aku dah mula pening kepala dengan asgment yg berlambak, di turuti dengan midterm yang bertubi-tubi datang. pehh... aku benci giler bila mula blaja awal tahun sebab kat office pun tengah bz nak kene habis kan keje, semua nak kejar dateline SSM nak submit tax lagi. Walaupun tu bukan keje aku, tapi aku yang kene buat akaun client. Harap-harap besok tak de lah yang bagi aku mengamuk. Client yang suka hantar barang last minute tapi nak cepat jer takut kene bayar penalty. So jangan salah kan aku yer, sape suh antar lambat. Aku bukan robot. 

Habis blaja nak cari pengalaman dalam bidang lain pulak. Sudah tiba masa untuk tukar bidang. Cukup kot pengalaman 4 tahun kat audit firm. Tapi sayang sangat coz bos dia baik. huhu... En Bos boleh tak buka company yang lain sbb sy nak En Bos still jadi majikan saya. pllzzzz...

Eh aku ni lupa diri pulak. Esok ade midterm Financial Management (FM), Rabu ade midterm OB organizational behaviour, Khamis pulak ade per yek... kelas jer kot. Harap2 aku leh buat midterm. OK2 nak out dah. lewat pulak aku nak study. Nak sambung wat asgnmt lagi ni. Sok time lunch la study FM. sudah tidak mampu.

p/s : korang doakan aku yer. doakan kesihatan aku juga. peace... syg korang.

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: