Friday, May 20, 2011

..:: Taman Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye, kalau korang nak tahu ari tu aku ngan family pegi jalan-jalan kat shah alam. Coz memang dah lame giler kitorg tak pergi jalan. Ni pun last minute plan, mama la yang ajak pergi. Di sebab kan aku hantu snap gambar pemandangan (outdoor) kan, so aku on jer lah. Lagi pun aku lebih berminat dengan aktiviti masuk-masuk hutan ni. Lebih tenang bila masuk hutan ni, pencinta alam semula jadi la katakan.

Dulu, aku penah nak g ngan sorang member, tapi kitorg tak jumpa jalan dia. Susah sikit la nak jumpa sebab signboard dia pun sikit jer. Cadangan aku kalau boleh tambah la lagi signboard supaya orang luar nak pergi senang walaupun skang dah ada gps kannn...

Ok, nama lama tempat ni Bukit Cerakah sekarang dah tukar nama kepada Taman Cahaya Seri Alam @ Taman Pertanian Malaysia. memang banyak la nama dia. Tapi orang akan lebih biasa sebut Bukit Cerakah. Terletak dekat Shah Alam, kira kalau dari Plaza Masalam tu korang jalan terus jer kat situ ada signboard tapi jarak dia jauh sampai jumpa roundabout amik kul 12. Jangan risau kalau korang dekat shah alam ni, tak kan sesat punya coz mane korang jalan pun akan jumpa roundabout so tak kan terbabas kuar negeri. hehee... susah2 masuk highway, tapi jgn sampai ke Klang lak. 

Kalau korang nak tahu, kat sini banyak aktiviti yang korang boleh buat. Macam berbasikal, flyingfox, amik gambar, dan banyak lagi lah. Ade rumah budaya, kira macam taman mini malaysia kat melaka tu. Reka bentuk rumah dari negeri-negeri di Malaysia. Lagi satu pak cik bas tu cakap, banyak filem hantu macam Pontianak Harum Sundal malam tu dengan Senjakala berlakon kat sini. Selain tu ada gak orang wat wedding dalam ni. Tema dia Melayu lama. Ala-ala macam rakyat jelata la... kalau nak tgk click sini video hasil dari CST Production. Memang terbaik, tapi mahal la. huhu..

Lupa nak bagi tau, tiket pun murah RM1 untuk kanak-kanak RM3 untuk dewasa. Ada lagi yang menarik Rumah 4 musim, tapi time aku pergi ni rumah tu tengah renovation. Agak nya nak buat musim apa yek? huh.. teringin nak masuk. Empangan pun ada. Selain tu ada gak tempat petak sawah, tapi aku tak pegi tengok la. Kene bayar kot.

Ok la, korang cuci mata la pemandangan tempat tu. Kalau nak jog ker, dah malas nak tengok tasik, korang boleh lah jog kat sini. Best.


map dalam Bukit Cerakah

bas free yang di sediakan untuk kite2 yang tak larat jalan

ok bas penuh, sbb tu aku duk depan skali. nasib baik pak cik bas tu sporting. hehee..

rumah berlakon senjakala @ rumah kelantan

rumah negeri sembilan, korang nampak tak awek cun tu?

rumah melaka

ok, kalau korang perasan bangunan ni ade dalam video orang kawen yang CST pro buat. Sangat terbaik.

anak sape la yang mengintai ni

terbaek kan, nasib lens tak rosak.

kalau jalan kaki ni lah akibat nyer, ni baru jalan 1 blom jalan 2 lagi

ni taman cactus

ha sape nak amik buah-buahan ni pun blh tapi tak leh makan la.

ok kat atas ni menara cerakah, aku tak naik coz nak kejar pegi tempat lain lak.

ni penyambut tetamu kat pintu masuk. comel tak?? angguk skang...

enjoy x? jom pergi... Taman Negara pun best. Nanti aku citer pasal Taman Negara Pahang lak yer.

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

1 comment:

Nay said...

len kali pergi ajak taw .. nak pergi buat video gak macam CST :P