Saturday, August 6, 2011

..:: Handphone Aku Canggih ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye korang. kali ni aku nak kongsi pengalaman aku dalam bidang teknologi telekomunikasi ni. aku tau mesti ada yang kritik.
"ade aku kesah ko pakai HP canggih pun" atau "HP aku lagi canggih wey!!"
ala.. aku pun tak kisah ko nak baca ke tak. tak suka sila tekan button X ok. (nape aku tiba-tiba emosi ni.. huh..) ok.. ok..

Aku nak tanya satu soalan. Bila korang mula pakai HP or telefon bimbit? dan sejak bila korang tahu kewujudan telefon mudah alih ni?

tahu tak sejarah telefon mudah alih ni? dari sumber wikipedia

merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. untuk lebih lanjut korang boleh baca kat sini

*******

Kali pertama aku dapat rasa guna hp sendiri pada usia aku 18tahun. tapi kalau citer sekarang ni budak sekolah rendah pun dah ade hp sendiri, silap-silap lagi canggih dari hp aku. huhu.. dahsyattt...
Time tu mama tanye banyak kali, "la, nak guna hp ker?" mama tanye sebab arwah papa janji dulu umur 18 tahun baru leh guna hp. dengan cool nye aku menjawab "tak pe la ma, lagi pun ala duk rumah jer" masa tu pas SPM blom sambung study, pada hal dalam hati best nye kalau ade hp leh sms2.. leh gayut2 (walaupun time tu tak de bf lagi). kira bajet nak bergaya lah, ikot trend la kata kan coz semua kawan-kawan siap exchange no hp time last skolah.

Last-last mama bagi juga guna hp sebab aku dapat sambung blaja kat IPB. senang la mama nak calling2 nak tau kat mane anak dia kan. Hp tu pun turun temurun tak de nye dapat hp canggih, asal boleh cakap boleh sms jadi la. semua picture di bawah adalah dari ehsan lebai google..


  • 1. handphone db,

ni la hp pertama aku.. entah apa model pun aku tak tau. ni hp arwah papa beli dulu, so bile dia ade yang lagi canggih hp ni duk simpan je dalam drawer. jenama siemens.


guna hp tu tak lama, sebab bateri dia cepat habis dan dah longgar belakang nye. bile sms ok lagi. tapi bile orang call bunyi sekali je, pastu terus padam. hahaa... dapat cara penyelesaian nya, bile nak gayut kene charge sambil gayut, alamat memang aku menepek la macam cicak kat tepi dinding. heheee..



  • 2. handphone db




ni pon jenama siemens, tak tau lah kenapa arwah papa suka sangat jenama ni. aku pun sempat juga guna hp ni sebab sebelom ni akak aku yang guna.

hp ni aku guna lagi kejap dari yang 1st, sebab button phonebook dia tak leh tekan so macam mane aku nak tengok no hp kawan-kawan. kira reject la.

  • 3. handphone db


accly hp ketiga lebih kurang macam ni, baru lah bertukar kepada jenama motorola. ni pun ehsan dari akak aku, dia beli hp ni time dapat pinjaman pastu dia beli hp baru, aku guna la ni. 

hp ni banyak kenangan, aku suka hp ni coz lampu dia warna biru. kebetulan pulak boypren exboypren pun guna hp yang sama juga. tak yah susah nak beli hp sama, memang dah sama pun dan dua-dua pun ehsan dari kakak masing-masing. time ni aku dah sambung belajar kat PSA (politeknik shah alam).

  • 4. handphone db


ini adalah permulaan aku menjadi pelanggan nokia. Model nokia 3120, time ni hp aku la paling canggih sebab polyphonic. hehee

hp ni dibeli sebab jiwa meronta-ronta nak hp canggih, hp ni boleh ke wap maxis tau. hahaa.. giler jakon time tu. lepas tu boleh mms walaupun tak de camera. ha' korang fikir la macam mane nak masukkan gambar dalam hp ni. heheee... ok sebenarnya boypren exboypren aku dah guna hp bercamera so dia je la yang mms gambar-gambar kami selain tu blh dapat sms dari email. termasuk lah maxis bagi mms graphic yang boleh gerak-gerak tu.

  • 5. handphone db


hp ni dibeli pada bulan jun 2006 (tak silap aku) masa tu harga dia RM 8++ tak pun RM9++ , mama belikan sebab aku dapat sambung belajar. tapi sebelom tu aku ade beli hp kalau korang ingat hp ni sangat terkenal suatu masa dulu, time mawi top. haaa... sape dapat teke?



ye M.mobile, siap ade tanda tangan mawi lagi tau. hahaa.. (masa tu gile kan mawi..) mei 2006 tak silap dia mula jual, aku terus pegi cari kat kedai. 

daun, hp yang paling banyak berjasa. sampai sekarang aku masih menggunakan hp daun ni. kira dah 5 tahun (until 2011) la aku guna. memang elok sampai sekarang. cuma ada 2 kali la problem tukar lcd dia & kadang dia format sms sendiri. sms boleh muat lebih dari 2000 sms tau. haaa.. jgn terkejut. hp tu boleh buat ringtone suara orang menyanyi, boleh dengar mp3 player, selain ada camera boleh juga tambah2 software dalam tu macam software antivirus, edit gambar. peh.. memang canggih la kalau student pakai hp ni tahun 2006. hehee.. (padahal masa tu ketinggalan orang lain dah guna lagi canggih dari tu)

  • 6. handphone db


ni yang paling canggih dan paling menyakitkan hati aku. asik rosak jer. nokia expressmusic 5800guna untuk on9 saje dan sms untuk no celcom.

hp ni banyak sangat kelemahan, dan aku sangat menyesal membeli nya. 1hb 1 2010 aku mula guna hp ni, tak sampai sebulan guna dah masuk wad. dan ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku beli zitron (original set nokia cawangan jusco maluri, aku saje nak inform cawangan mane sebab beli hp situ selalu jer rosak "EN JUAL NOKIA SET YANG REJECT KERRR??") lepas ni taubat tak nak beli zitron lagi. sama je kot ap dengan zitron, cuma warranty je la berbeza dan gift dia. tapi bile fikir balik harga zitron lagi mahal dari ap set. huhuuuuu... memang sangat menyesal... buang masa aku, petang nak kejar pergi office nokia service care kat Berjaya depan TS tu. tutup kul 7, aku balik keje sah-sah sampai sana kul 6.30 tak ke semput aku nak berjalan, tu pun paling laju la. sabtu ahad pulak tak buka. pehhh!!! menyirap sehh!! sejak dari tu aku tak pernah target nak beli hp baru jenama nokia lagi. "KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA"

sekarang aku target nak beli blackberry bold 3

atau pun 

samsung galaxy sII ...

maka tamat lah cerita aku yang pending dari bulan june hari tu. yey!!! 

*handphone aku berubah-ubah dari tahun 2003 sampai sekarang, tapi no hp tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. dan masih setia pada maxis walaupun ada second hp line celcom. betapa setia nye aku pada sesuatu yang memang tak mendatangkan masalah pada aku. so kepada yang berbisnes berhati-hati la bila berhadapan dengan pelanggan setia seperti aku. sila jaga kualiti, aku tak kisah harga mahal or murah yang penting utamakan KUALITI ok... QUALITY... concerned with customer satisfaction when they use your product. 

 ok daa...



TERIMA KASIH / THANK YOU :)

6 comments:

aBANgZAI said...

pembetulan..

bukan 4rd tapi 4th....5th, 6th...

1st-First
2nd-Second
3rd-Third
4th-Fourth
5th-Fifth
6th-Sixth

Heheheh....

Byk kali tukar ek...
Kalau ikutkan, along pun de cite pasal hp ni...
masa mula2 pakai sampai la sekarang..klau x silap 3 kali ke 4 kali ntah....sumanya orang beli/berikan...(kecuali hilang masa blaja; bli baru cover takut kena marah ngn mak dan masa stat blaja kat maktab/KPLI)....

Bila teringat balik...masyaallah...boleh buat drama tu...heheheh...

Muhd Fadil said...

henset no 1 dila memang hebat. henset rare tu. susah beno nak dapat. hihihihi

dila bahar said...

along, sy sudah edit. tQ cikgu.

pe lagi long citer ar... drama sebabak tu..

dila bahar said...

fadil,

no1 tu takkan lupa sampai bile2 tau... hahhaa..

aBANgZAI said...

nnt along post dlm blog along la ek... xpun wat vlog ke..hmm..nk kena wat skrip la dulu....

uMie_cHan said...

target hp kite sama...
ntah bila nk dapat...;p