Tuesday, April 10, 2012

..:: Rezeki Masing-masing ::..

ASSALAMUALAIKUM

Pagi tadi aku ade terbaca satu blog ni. Dia tak tulis apa-apa pun cuma beliau meletakkan satu gambar printscreen tentang ketidakpuasan hati seseorang terhadap seseorang individu lain melalui twitternye. Aku ni bukan sesiapa nak comment or nak mention pasal mereka kat blog aku ni. Sebenarnya dia bukan la orang pertama yang tak puas hati dengan keputusan tu. Banyak juga yang tak puashati then wat status kat bb, fb dll.

Bagi pendapat aku sebagai seorang manusia. Rezeki kita ada dimana-mana, buat apa nak pertikaikan. Apa yang kita perlu buat ialah cari rezeki itu tetapi INGAT kita kene cari yang HALAL baru lah hidup kita ni di berkati dan di redhai ALLAH. (Ewahh... Dah macam ustazah pulak aku ni). Ini nasihat untuk diri aku sendiri jugak. Sebab aku yang baca blog ni.. Orang lain mane nak datang blog aku... Ehh.. Jangan mengeluh.. Itu nama nye tak ade rezeki.. So aku kene la usaha lebih kan. Tapi jangan spam wall orang pulak.. Ooppsss.. Ok.

Macam itu juga kalau kita bekerjakan. Ada kawan-kawan yang sama belajar dulu, habis-habis belajar je gaji dah masyuk.. So itu rezeki diorang, mungkin diorang usaha lebih. So jangan di iri apa yang bukan milik kita. Kita cari lah tempat lain. Tak payah busuk hati ngan orang. Nanti ALLAH tarik nikmat kita.

Sejak habis belajar ni aku rajin pulak mengarang kat blog ni kan. Dulu time ade assignment tak nak plak mengarang macam ini punya panjang. Huhuu.. Ok lah..

Aku menulis sekadar untuk saling ingat mengingati. Bukan nak sound sesiapa. Ini untuk diri aku sendiri juga.

So selamat beramal.









Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

1 comment:

Bro Azkar al hamidi said...

hehhee biasalah tuu... bila lapang la seronok nak menulis.. hehe.. pasal hal orang tu, biarlah . macam kisah anak beranak bersama keldai ke 3 kampung :)