Sunday, July 1, 2012

..:: Fakta : TIDUR ::..

ASSALAMUALAIKUM

picture from google

hye, kali ini aku nak berkongsi satu aktikel yang aku pernah baca tentang "KANAK-KANAK MESTI CUKUP TIDUR" . Kajian ini telah pun dibuat dan aku rasa perkara ini penting untuk perkembangan otak kanak-kanak terutama anak-anak korang yang satu masa nanti akan jadi pemimpin negara kita ini. Kalau nak anak bijak cuba lah buat jadual dan patuhi jam yang sepatutnya mereka tidur. Tidur ini penting sebab masa itu otak akan berehat. TETAPI elakkan dari memasang TV atau bunyi yang boleh mengganggu waktu tidur tu. Sebab otak kita akan terus berjalan dan tak kan berehat kalau telinga masih mendengar sesuatu. Tak percaya korang buat lah. ini pengalaman peribadi aku sendiri.(kajian tak rasmi... hehee..)

"Satu kajian yang dijalankan oleh Autonomous University of Barcelona (UAB) dan Ramon Llull University di Sepanyol mendapati terdapat kaitan antara tabiat tidur iaitu bilangan jam tidur dan prestasi akademik kaknak-kanak berumur antara 6 dan 7 tahun.

Pakar mendapati tabiat masuk tidur lewat atau waktu tidur kurang daripada 9 jam boleh menjejaskan kemahiran akademik kanak-kanak.
picture from google
Kebanyakan kanak-kanak tidur kurang daripada tempoh yang di sarankan untuk perkembangan intelektual mereka dan tabiat ini menghalang perkembangan tersebut.
"Ini merupakan kajian pertama dilakukan oleh saintis Sepanyol yang membuktikan kehilangan atau kekurangan waktu tidur dan tabiat kurang baik menjejaskan prestasi akademik kanak-kanak sekolah" kata Ramon Cladellas yang merupakan penyelidik di Fakulti Psikologi di UAB.
Berdasarkan kaji selidik itu, para penyelidik percaya bahawa tidur lebih daripada 9 jam dan rutin malam yang tersusun mempengaruhi prestasi akademik yang lebih baik.
Menurut Cladellas, kekurangan tidur mengganggu prestasi dalam pengetahuan linguistik, tatabahasa dan ejaan. "- sumber akhbar kosmo jumaat 14oktober2011



nota tangan :- ini sekadar perkongsian ilmu.. dan amalkan jika korang mahu.. 

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: