Tuesday, July 17, 2012

..:: Hormati HAK orang lain ::..

ASSALAMUALAIKUM


Bila kita tahu satu perkara dan perkara itu adalah baik untuk seseorang atau untuk ramai orang maka kita mesti sebarkan atau berkongsi dengan mereka. Tetapi jika kita tahu sesuatu yang buruk dan jika diberitahu kepada orang lain akan mengaibkan individu yang lain, maka adalah lebih elok kita tidak menyebarkan kepada orang lain. Kerana itu akan membuat kehidupan seseorang itu mendapat malu dan menyusahkan serta membebankan individu tersebut.

Apabila seorang individu itu telah nekad dan tekad di dalam hati nya untuk berubah dari melakukan sesuatu yang tidak baik seperti kehidupan nya yang terdahulu, jadi kita perlulah memberi semangat dan sokongan kepada mereka. Jangan kita ungkit cerita lama yang akan membuat individu tu stress dan mungkin akan melakukan "kerja" lama mereka semula. Mereka akan berfikir "aku berubah ke, tak berubah ke sama je layanan mereka" . Mereka perlukan bimbingan dan sokongan dari orang yang rapat di sekeliling mereka.

Oleh itu kita sebagai masyarakat yang prihatin perlu turut membantu mereka-mereka ini. Supaya mereka juga berhak hidup gembira macam kita semua. Insyaallah...



Nota tangan :- tidak tertumpu pada sesiapa... Semua kene alert.. Ok daa...

Wassalam








Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: