Sunday, December 2, 2012

..:: Rahsia Disebalik Gambar ::..

ASSALAMUALAIKUM

hye kepada kamu yang sedang membaca. Terima Kasih sudi berkunjung di blog yang cantik ini. Kalau setuju kasi angguk itu kepala ya, kalau tak aku sekeh korang.. ok kalau korang tengok post aku sebelum ni ada gambar macam kat bawah ni kan.


comel kan.. walaupun blur tapi bertuah tau.. sumber En Google

Ok aku letak gambar harimau ni sebab aku menang contest dari HOTFM... alaa.. radio fav aku tu. yang ada KAK FAFAU, ABG FBI DAN ABG AG tu.. korang tau kan. Ceritanya bermula macam ni...

Suatu pagi rabu 28 november 2012, sedang aku betapa di hadapan PC office dengan kusyuk secara konon-kononnya. eh.. tak-tak, aku kalau pagi-pagi memang serius buat keje. tapi kalau dah masuk kul11 pagi tu memang ada gangguan mental sikit la. bukan giler tau, cuma konsentrasi nya itu agak kurang. hehee.. Ok pastu dalam kul 8.50 pagi tu DJ HOTFM pun announce diorang nak bagi tiket FREE!!! aku pun bukak la telinga betul-betul. Cara dia mudah jer, tukar DP anda dengan gambar Harimau then tweet kat twitter @hotfm976 dengan #amkrew hanya 5 tweet terpantas saja akan diterima sebagai pemenang. So dengan sepantas jari menari-nari di telefon bimbit ku yang touchscreen *bajet gune samsung S3 yang licin tu padahal bb jer yang bateri cepat habis tu*, terus google gambar harimau yang nampak macam cool sesuai dengan mood aku pagi tu. (nampak tak harimau tu macam queen yang sedang bertakhta di dalam kandangnya.. ok bajett..).  Beberapa minit kemudian aku pun tunggu la amkrew bagi tau sape pemenang nya. DJ HOTFM sebut satu-satu nama, bila nama yang terakhir je aku macam dah putus harapan la. Ok fine tak ada rezeki kot. Lagi pun ramai yang tweet kat diorang. Tetiba... jeng.. jeng... jeng.... "nama pemenang yang terakhir ialah DILA.. BAHAR" abang AG yang sebut. Terus aku pandang officemate aku, then dia pun pandang aku. Serentak kami "AAARRHHHH!!!!" korang bayangkan kami menjerit kat office, terus dak Lok2 datang tempat kitorg. Minta kepastian, adakah aku yang disebut di radio tadi.. *kuatkan radio.. kuatkan radio... lalaalaa... * korang ade?? (*_^)b

Mestilah aku nya nama kan. DILA BAHAR yang comel ni la. ada ke sesiapa yang dengar time tu? hikhikhik... bajettt... pemesss... (kakak aku ngan mama tak dengar, sangat sadis. itu la momentem2 manis tau..*pekejadahnyemomentemni* sambil nyanyi.. sudah.. cukup... cukup.. sudah..)

Ok pastu dalam hari jumaat tu ada orang call suh amik tiket dengan jersi TM ORIGINAL okeyy... dapat la 2 tiket dengan 2 jersi TM. agak susah yer untuk aku yang tak biasa jalan kat damansara tu nak ke Sri Pentas. Masuk office lewat sikit, nasib ada bos yang baik hati. kehkehkeh.. ;p



Ini lah tiket dan jersi tu.

Tapi last-last bukan aku yang pergi tengok bola tu, orang lain. Aku memikirkan faktor-faktor keselamatan, ye la kan. Malaysia VS Indonesia kott... macam-macam boleh jadi tau. Dengar citer ade pergaduhan berlaku sebelum game bermula, tapi di luar Stadium la. Ce tengok berita. Sekian sahaja la cerita saya. Jersi pulak aku bagi kat adik-adik aku. *terasa aku kakak yang baik* perasan jap.. hahahaa...

ni belakang tiket

Kalau korang rasa citer aku ni macam poyo jer, tak pe la. sebab satu hari nanti anak aku akan baca entry ni dan berbangga yang ummi dia ni memang berani mencuba walaupun ia adalah mustahil. yang penting nama aku kuar kat radio beb... hehehee... *sudah-sudah ar DB*... satu hari tu aku senyum sampai ke telinga tau. 



TAHNIAH!!!! 
HARIMAU MALAYA 2 - 0 GARUDA



wassalam.




nota tangan :- perasaan aku sama macam time aku dapat panggilan dari wakil AKADEMI FANTASIA 3, bukan jadi student *muka tak layak* tapi sebab aku menang tiket pegi konsert final AF3 masa tu aku peminat tegar MAWI... itu duluu... ok bye..


TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: