Saturday, January 5, 2013

..:: Datang Sudah Si Dia ::..

ASSALAMUALAIKUM 



OMG.. OMG.. OMG.. finally its coming. fuhhh... gerun aku wei. serius.. memang tak tergambar perasaan ni. tak termampu nak terluah dari hati ku yang kecil ini. Rasa nak menangis pun ada jugak. Tapi aku mesti hadapi semua ketentuan Nya. Ok tak payah nak gosip-gosip. Apa yang aku nak bagi tahu kat sini ialah TAHUN 2013 dah datang. Ini bermakna no 28 yang selama ini mengejar-ngejar aku dah kira sampai kat kaki aku ni sambil bergolek-golek manja macam si misboo slalu buat.

Semakin dewasa ni rasa diri semakin matang pula. Semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Bermulanya tahun baru ini aku nak buat sedikit kelainan kat blog ini. In shaa Allah bermula bulan februari aku akan start buat review tentang buku-buku atau novel-novel yang pernah aku baca, sebab aku rasa nak kongsi dengan orang yang mempunyai minat sama macam aku. Selain itu, kalau diperhatikan dari december 2012 aku dah mula berkongsi post tentang "renungan" (korang boleh check dekat peta umah DB). "Renungan" ini adalah kata-kata dari tokoh, nasihat/motivasi atau hadis-hadis nabi yang aku rasa sesuai untuk aku kongsikan dan bagi menguatkan kata-kata tersebut aku telah meletakkan sumber dari mana aku ambil (aku bukan banyak sangat membaca pun kan.. karang ade plak yang tanye sumber dari mane.. huhu..).

Semoga tahun ini aku akan lebih rajin untuk tulis dekat sini sebab alasan untuk study dah tak da. Maklum lah i kan dah grad.. hehee.. Ok dan aku harap tahun ini aku akan dapat kerja baru dan sangat-sangat berharap peluang untuk berpindah ke Melaka untuk memulakan hidup baru akan datang menyerbu aku. (tolong doakan sekali yer). Aku juga berharap agar Tuhan memberi aku peluang untuk ke tempat Nya. Teringin sangat nak menunaikan Haji, tapi aku belum cukup duit. Aku harap di pilih untuk ziarah ke Mekah bagi mengerjakan Umrah dulu. Dan aku juga berharap agar berjumpa dengan bakal imam ku pada tahun ini. Tapi kalau tak jumpa juga tak apa la. Allah lebih mengetahui sesuatu, sedangkan aku tidak. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang Allah tetapkan dalam hidup aku. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini. 

Rasanya sampai sini je la kot. Selamat Tahun Baru kawan-kawan. 

wassalam.





Nota tangan : dah masuk tahun ke 4 blog ni. harap akan lebih memberi informasi yang berguna kepada pembaca. aminn..

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

1 comment:

Nour Madihah said...

Salam ukhwah... jemput ke rumah saye ye....