Monday, January 7, 2013

..:: KONVOKESYEN KE-25 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ::..


ASSALAMUALAIKUM



Setelah sebulan lebih berbulan-bulan aku konvo maka baru lah hari ni aku nak update pasal topic ni. Sememangnya agak melampau kerana cerita ni pun dah basi dan perlu ke nak citer kat orang kan. Semestinya ini blog aku, so aku punya suka la nak citer pasal apa pun. Nama pun Alkesah Dak DB kan.. Hoho.. Ko ade? ;p

Ok selepas 3 tahun belajar semestinya hari yang paling bersejarah adalah majlis graduasi kan. Sure la, sebab rasa apa yang kita lalui selama 3 tahun rasa macam hari kemenangan. Lagi pun pasni no more assignment or exam. Hehee.. And aku rasa sangat beruntung sebab akak aku pun grad sekali, cuma dia master HRM and aku BBA je. Agak lama juga kami sekeluarga betapa kat Sintok *sebenarnya Changloon. Akak aku sesi pertama/sidang pertama dan aku sidang kelima.

Hampir seminggu kami duk kat sana. Dari 4hb Oct 2012 hingga 9hb Oct 2012. Lame kan.. Korang cer la bayangkan apa je yang ada kat sana. (Budak UUM tau la). Majlis Konvokesyen tu bermula 6hb Oct 2012 (sabtu) hingga 10hb Oct 2012 (rabu). Jadual perjalan kami bermula:-

4hb Oct 2012 (khamis)
- Gerak dalam kul 7 pagi.
- Berhenti kat RNR dalam 2 kali sebab breakfast dengan makan tengahari.
- Singgah kejap kat Cameron Highland saja jalan-jalan sebab tak pernah sampai. Peh jalan dia memang lah xboleh blah..
- Satu jam jugak la. Pastu baru turun balik. Amik gambar dekat Lata/Latar Iskandar tapi tak mandi.
- Berhenti kat pasar cari lauk. (sangat murah, terkejut aku ngan mama..)
- Dalam kul 5 lebih petang kami sampai, lepas tu duk mencari-cari homestay.
- Pukul 6.30 baru sampai betul-betul depan rumah "Weeda Homestay" (owner sangat baik kalau nak sewa contact akak ini k.)
- Malam tu rehat-rehat jer.

lata Iskandar

ladang teh kat Cameron Highland

pandangan dari depan homestay
5hb Oct 2012 (jumaat)
- Pukul 7 pagi keluar cari sarapan pagi. (tapaw je makan kat rumah)
- Lepas tu pukul 11 baru gerak pergi UUM untuk amik robe. (disini aku nak ingatkan kepada bakal graduan, sila la datang awal sebab sangat ramai orang pada hari kedua pengambilan jubah. dan kebarangkalian saiz yang korang nak, korang tak dapat.. ='(. serius pengalaman mengajar aku. Aku tunggu lama jugak la. Dalam pukul 12.30 diorang dah tutup kaunter, sapa yang lambat no giliran dah tak ade. Ye la hari jumaat kan so rehat awal, pukul 2 petang baru buka kaunter balik dan masa tu aku masih belum mendapat robe aku. kesian kan. Kira-kira pukul 4 petang baru no aku dipanggil. Bertambah kesedihan apabila jubah yang aku dapat saiz M. whhaaatttt ddaaaa!!!! rasa nak menangis masa tu. Aku kecik kot walaupun gemuk cikit kan. (sape penah jumpa aku tau la saiz aku macam mana). dengan muka hampa aku keluar, jumpa akak aku. Orang yang bertugas tu kata saiz S dah tak ada. Kalau nak kene datang esok nye tukar, tu pun kalau ada graduan sesi 1 pagi yang pulangkan jubah. *ini yang korang kene ambil sebagai pengajaran*
-dah aktiviti yang dirancang untuk hari itu tertangguh dek kerana menunggu pengambilan jubah. fineee... (sempatlah round dekat pesta convo jap).


jangan tiru aku, sebenarnya tak boleh amik gambar dalam dewan.
6hb Oct 2012 (sabtu)
- Awal-awal dah bangun dan bersiap untuk majlis konvokesyen kak yen.
- Pukul 7 pagi dah kene ada dekat sana, kalau lambat nanti jammed dekat dalam UUM. Tapi sesi pertama ini tak ramai sangat yang convo. student PHD, Master dengan beberapa course degree.
- Dalam jam 11 lebih habis (tak silap aku)
- Kemudian kami ke studio untuk ambil gambar family. Tiga frame kanvas photo yang besar dalam rm120 tak silap. (maklumlah mama yang bayar. hehee)
- Disini ada perkara yang mengembirakan aku. dengan muka tak malunya ada sorang graduan ini amik gambar kat studio tu dengan family dia. Aku minta dia tukar robe dengan aku, memandangkan dia dah convo dan saiz robe dia S. Rasa nak menari-nari aku kat depan kedai studio tu. wee...
- Makan tengahari dekat luar dan malam makan kat rumah je. (petang tu jalan-jalan dekat pekan changlun.. xde pape nak cari pun, saje nak buang masa)


kak yen masuk TV

7hb Oct 2012 (ahad)
- Hari ahad pun kene bangun awal pukul 6.30 dah keluar nak pergi alor setar ambil pak busu kat station bus.
- Pastu jalan-jalan dekat pekan rabu, beli makanan untuk budak-budak office. (tak ada souviner pun, makanan je ada).
- Pekan rabu ni tak berubah pun sama juga macam dulu-dulu.
- Kemudian ke sempadan thailand di Padang Besar. Saja jalan-jalan sebab kak yen tak pernah sampai lagi. Tak de beli apa-apa pun cuma adik aku beli barang makan untuk officemate dia.
- then tapaw apa yang patut, makan kat rumah.






robe dah siap iron.. xsabar.. xsabar.. xsabar..

8hb Oct 2012 (isnin)
- Hari yang ditunggu-tunggu kini menjelma. Yeyyy!!! *lompat-lompat*
- Seawal 5pagi aku dah bangun siap-siap, pastu tunggu azan subuh.
- Dari rumah dah siap-siap pakai robe, ye la aku tak nak nanti terhegeh-hegeh nak pin sini pin sana. (semangat betul aku nak konvo kan..)
- Kami berkumpul dulu kat dewan kecil yang tempat amik robe tu. (lupa ape nama dewan.. maklum lah student partime blaja kat KL.. hehee..)
- Berebut-rebut cari nama. nasib baik aku kecil so boleh menyelit-nyelit. (semua nama geng-geng ketat aku amik no nye.. pastu sms kat diorg.. pahtu pandai-pandai la cari kerusi..)
- Taklimat dari UUM, disebabkan aku sidang kelima Tunku Puteri negeri Kedah yang bagi scroll. so kene la mereka ajar macam mana adat-adatnya. "Junjung Kasih Tunku Puteri" itu la yang akan kami cakap masa amik scroll nanti. (Jangan jeles yer.. ;p)
- Nerbes tak engat tau. Padahal tak sampai 5 minit pun nak jumpa Tuanku Puteri.
- Habis je sesi tu kami berkumpul dekat luar, ramai-ramai nak amik gambar.
- Habis je sesi menggedik, semua pun bersurai. Family aku balik rumah untuk rehat-rehat.
- Malam tu mama ngan pak busu nak makan laksa, so kami makan la kat luar. Kemudian masuk UUM pergi tengok sepupu aku yang tercapak kat sintok tu. (hahaa.. ko duk la diam-diam yer)
- then balik kemas-kemas barang, esok nya nak balik KL...


comel nya aku di pagi hari


mama, pak busu dengan kami yang bergraduasi

angry bird dari pak busu n family... tQ

saya yang bz meroger kawan-kawan..

abaikan ayu dan kak ya yang sedang berborak-borak ngan sape tak tau la

YEYYY!!! CONVO!!! no more assignment..





9hb Oct 2012 (selasa) 
- Pagi-pagi dah gerak balik KL.
- Sarapan dekat mane tah, dah la tak sedap. kedai kat RNR tu pengotor kot. Dia baru buka kedai, aku nampak la ada air teh dengan nescafe kot dalam jug besar. agaknya semalam punya tak habis kan. Dia boleh simpan lagi. (eeuuwww... nasib baik aku beli kat kedai sebelah..)
- Otw balik tu kami singgah kat Perak, pak busu aku bawak jalan-jalan. Sebenarnya pegi tengok sungai perak jer.
- Gerak balik ke KL. Dalam pukul 5 lebih sampai rumah.
- END-

haa... panjang tak entry aku. hehee.. macam tu la perjalan aku menuju ke menara gading @ UUM sintok. Walaupun jauh, rasa puaslah dapat cuti lama kan. Dan gambar masa majlis konvokesyen adalah sangat buruk. Aku tak tau la macam mane photographer tu amik gambar. View out. peehhh.. menyirap aku wei.. Gambar nanti aku masuk kat bawah ni (nnt aku edit k). Kalau korang pun mesti korang bengangkan. Memang tak ar aku nak frame kan. Simpan je dalam almari. Kene sambung master la jawab nya. Ok lah. nanti aku masuk kan gambar-gambar konvo nye yang lain.

wassalam.









Nota tangan : Aku dah buat keputusan yang agak berat hari ini. Namun aku berasa tenang selepas melakukan nya.
TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: