Monday, July 29, 2019

..:: Temuduga SPP : DH41 PPPT ::..

Assalamualaikum.

Post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang sesi temuduga bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 atau nama singkatnya PPPT. *Awas entry ini panjang.
Tujuan saya menulis bagi memberi idea kepada bakal calon temuduga supaya mendapat gambaran soalan yang akan ditanya dan mengulangi kaji beberapa subjek yang bakal ditanya oleh penemuduga serta untuk rujukan saya pada masa akan datang. Disebabkan kurang perkongsian tentang jawatan ini, jadi saya memilih untuk menulis di blog saya. InshaAllah.

Serba sedikit info tentang jawatan ini :-

- calon yang berminat boleh memohon dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di website Jobsmalaysia. Permohonan valid dalam setahun, kemudian kene update baru. Calon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil temuduga oleh SPP apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai kekosongan jawatan. 

- terdapat pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh SPP, jadi mohon lah mengikut kelulusan anda. Contoh DH29 dan DH41 jawatan ini untuk pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti.

- Gred DH29 sekurang-kurangnya lulusan diploma/diploma pendidikan manakala DH41 untuk bermula dengan lulusan ijazah sarjana muda dan keatas. Sila semak disini.

- beza DG41 dan DH41, gred DG untuk guru di sekolah bawah KPM manakala DH untuk pensyarah di bawah KPM iaitu Politeknik dan Kolej Komuniti. Info lain boleh ke website SPP. 

Pada 25 Julai 2019, saya telah menghadiri temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 atau nama singkatnya PPPT. Bagi jurusan Pengurusan Perniagaan. Interview dijadualkan jam 8.30a.m. Keluar rumah jam 6.30a.m. kemudian hantar adik saya ke office nya di jalan duta. Dari Jalan duta jam 7.00a.m. bergerak ke Putrajaya sampai dalam jam 7.45a.m. Kemudian kena beratur panjang untuk ambil pas masuk di sebelah kanan dari pintu gate besar Kompleks JPM. Ramai sangat orang. Jadi calon mesti datang awal kalau nak habis awal. Dapat sahaja pas masuk (sila jangan tinggalkan kad pengenalan, gantikan dengan lesen/staff card id/card matrik) jalan la ke bangunan SPP.

Next, kene ke kaunter semakan. Ada urusetia yang akan bantu susun sijil salinan dan original. Tapi lebih baik kamu susun sendiri dengar arahan urusetia, lebih memudahkan kerja dan orang lain. Tiada sistem no, jadi pandai-pandai la tengok kerusi kosong saja terus duduk depan urusetia tu. Kalau tidak lagi lambat kamu akan interview. (Macam saya la )

Kemudian, pergi ke satu lagi bilik @ dewan (tak tahu nak cakap apa) ada banyak kaunter berkomputer, pergi tandatangan dan duduk tunggu. (Tanya urusetia). Tunggu nama anda dipanggil dan no group akan diberikan, serahkan fail sijil original dan salinan. Interview ni by group dalam 6 ke 7 orang. Saya dapat group ke 4 selepas zohor dalam jam 2.20pm baru masuk bilik.  group terakhir sebab 5 orang yang tinggal jadi itu sahaja ahli group saya. Penemuduga biasanya seorang wakil SPP ahli suruhanjaya dan seorang wakil KPM bhg politeknik dan kolej komuniti.

Masuk saja beri salam Dato' dan Tuan, jangan duduk lagi sampai arahan diberi. Kemudian bermula lah sesi temuduga. (Ini yang kamu semua carikan ).

Penemuduga SPP

1. Perkenalkan diri. Beri apa yang Dato' minta saja. Tak perlu panjang lebar beri peluang orang lain juga. Ikut giliran.

2. Pengetahuan am. Mantan Perdana Menteri ada berapa? Sebutkan 3 nama (ini utk org pertama, ikut siapa yang dia nak mula) next orang ke 2 sebut yang lagi 3. Next orang ke 3 beri gelaran "bapa" untuk 2 mantan Perdana Menteri. Orang ke 4 dan ke 5 sampai semua ke 6 mantan yang ada. (Tak perlu aku cerita secara detail, korang tahu sendiri gelaran Perdana Menteri. Contoh Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan).

3. Apa yang perlu ada pada seorang pensyarah?

4. Dengan gaji yang ditawarkan bagaimana kamu mengurus perbelanjaan sara hidup yang semakin meningkat? (Lebih kurang la soalan dia)
Note : soalan 3 dan 4 terbuka. Siapa2 boleh jawab dulu, tapi ingat jangan berebut pula korang 1 kumpulan. Pandai2 la.

Penemuduga KPM

1. Beri 3 siapa yang perlukan Penyata kewangan syarikat? ( ini soalan utk seorang, ikut dia mana nak mula)

2. Sumber modal perniagaan dari siapa? Beri 3.

3. (Tak ingat la bile ingat saya tulis k)

4. Rancangan perniagaan untuk apa? Beri 3.

5. (Ini pun tak ingat)

6. Soalan situasi. Terbuka siapa nak mula.
Anda seorang CEO sebuah syarikat yang terkenal dan sudah lama dalam industri, bagaimana anda ingin mendapat semula keyakinan pelanggan terhadap produk anda.


Jadi itu sahaja soalan untuk kamu study. Ok saya bagi soalan bonus dari group2 lain.

1. Pengetahuan am.
Negeri selat, negeri tidak bersekutu, negeri bersekutu, negara2 asean, tahun asean ditubuhkan, beri 3 sungai di Malaysia, gunung dan tasik. Nama ibu negeri setiap negeri contoh Perak - Ipoh. (Saya rasa boleh standby nama ibu negara setiap negara contoh Rusia - Moscow, Turki - Ankara)


2. Mengapa anda ingin menjadi pensyarah?

3. Soalan situasi dia tukar syarikat saja. Contoh air asia atau proton.

Sekian saja. Semoga berjaya sahabat semua.

Jawapan 4 minggu dari tarikh akhir temuduga, sama ada lantikan, simpanan atau gagal temuduga. InshaAllah, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Usaha, Doa dan Tawakkal. Kalau tidak berjaya kita usaha lagi.  atau mungkin rezeki kita ditempat lain.

**Update 22/02/2021
Salam. Kepada semua yang datang baca post ni. Maaf, saya jarang buka blog ni. Sekarang kene mohon jawatan SPP di website myspp ye bukan Jobsmalaysia lagi. Tak silap saya start tahun 2020. Follow twitter SPP untuk tahu iklan. Saya tak berjaya temuduga ni. Masih lagi bekerja di company lama. Terima kasih sudi datang blog ni. Semoga berjaya semua. 😊


TERIMA KASIH / THANK YOU :)

21 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum dila...sy reehan bakal iv spp nxt week...n blh tny bgi sijil muet prlu bw jgk ke

Anonymous said...

keputusan sudah kuar...awak berjaya dapat?

Anonymous said...

Berjayakah awak dapat?

apit said...

nice info ...anyway awak berjaya x IV hari tu..mcm na ya..sy Iv 29 juli ..hari awak post artikel ni..hehe

Shazzy said...

Hi
Saya salah seorg yg pergi interview time tu. so mcm mana awak dh dpt ker lantikkan

ami said...

Hi nak tanya, u fresh graduate ke masa interview ni? :)

ami said...

Hi nak tanya, u fresh graduate ke masa interview ni? :)

Anonymous said...

Salam,,hai,,nak tanya, untuk jawatan DH41 ni, hanya pemohon lulusan degree education sahaja ke yang ditawarkan? Kalau lulusan degree course lain pun boleh mohon juga ke DH41?

Fikry said...

Sesi temu duga dalam bahasa melayu eh?

Cikqis said...

Salam nk tya, keputusan mmg dlm 4 minggu ye selepas temuduga? Tq

dila bahar said...

Waalaikumsalam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: time saya, xde minta pun tapi standby je la.

dila bahar said...

Waalaikumsalam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: belum rezeki lagi.

dila bahar said...

Waalaikumsalam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: belum rezeki lagi.

dila bahar said...

Waalaikumsalam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: hi apit. Belum rezeki la. Awak dapat ke?

dila bahar said...

Salam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: hi shazzy, belum rezeki lagi. Awak dapat x?

dila bahar said...

Salam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: Hi ami, saya bukan fresh grad masa iv ni.

dila bahar said...

Salam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: hi, untuk DH ni bukan lulusan pendidikan pun boleh mohon.

dila bahar said...

Salam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: hi fikry, masa ni BM.

dila bahar said...

Salam. Maaf lambat balas, saya dah lama tak buka blog ni. Fokus kerja 😆.

Jawapan: hi cikqis, saya pun dah tak ingat. Maaf ye.

dila bahar said...

Salam. Kepada semua yang datang baca post ni. Maaf, saya jarang buka blog ni. Sekarang kene mohon jawatan SPP di website myspp.spp.gov.my ye bukan Jobsmalaysia lagi. Tak silap saya start tahun 2020. Saya tak berjaya temuduga ni. Masih lagi bekerja di company lama. Terima kasih sudi baca post ni. Semoga berjaya semua.

Unknown said...

Kongsi la soalan temuduga tu bagi yang lain