Wednesday, August 21, 2019

..:: Doa Selepas Solat Di Makam Ibrahim ::..

Assalamualaikum

Semasa melakukan Umrah pada november 2018, aku ada beberapa pengalaman yang teringin nak dikongsikan. Tapi kali ini aku nak share satu doa. Doa ini dibaca selepas solat di makam ibrahim. Setiap ayat dalam doa ni sangat-sangat memberi kesan pada aku.

Waktu kali pertama aku baca, aku tak berapa menghayati maksud doa ni. Mungkin sebab teruja nak melakukan umrah kali pertama, sebab lepas tu kena pergi saie pula. Selepas habis umrah pertama, aku demam dan muntah tak ada selera makan. Makanan memang nampak sedap tapi aku dapat makan roti saja untuk alas perut. Muka pucat sangat. Alhamdulillah aku dapat pergi masjid tapi bukan setiap waktu sebab demam tu buat aku kadang-kadang tak larat sangat-sangat.

Ada satu hari sebenarnya aku nak buat umrah sunat tapi atas sebab kesihatan mak aku tak benarkan.

Ada satu malam aku solat Isyak dalam bilik sorang aku doa sambil menangis merayu supaya Allah maafkan segala dosa-dosa aku. Aku solat sunat taubat. Aku doa supaya Allah tarik segala sakit aku tu dan permudahkan aku untuk beribadah. Perjalanan aku jauh dan bukan selalu aku dapat pergi ke sana. Sangat rugi kalau aku tak dapat buat amalan2 yang sangat banyak pahala.

Pagi tu aku rasa dah sihat sikit tapi masih ada batuk. Waktu dhuha aku dan adik aku pergi melakukan tawaf sunat selepas solat sunat itu dan aku berdoa di makam ibrahim pada waktu itu lah aku baca doa ni. Aku menangis depan kaabah sebab Allah beri aku peluang lagi untuk ke masjid. Aku dah tak kisah orang nak pandang ke masa tu. Polis perempuan yang berpurdah tu ada berdiri sebelah aku, tapi lepas tu dia pergi tempat lain. Sebab kat situ tempat orang solat sunat, kalau nak mengaji atau duduk kene ke tempat dalam sedikit ada sediakan karpet. Selepas itu kami beriktikaf di masjid tunggu waktu zohor. Alhamdulillah dapat duduk depan kaabah dan solat zohor dekat situ juga.

Ini maksud doanya :

Ya Allah sesungguhnya Engkaulah mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan amal perbuatanku yang nyata, maka terimalah ratapanku, Engkau Maha mengetahui keperluanku, perkenankanlah permohonanku, Engkau maha mengetahui apapun yang ada di dalam hatiku, maka ampunilah dosaku.
Ya Allah aku ini mohon kepada Mu iman yang kekal yang melekat terus di hatiku, keyakinan yang sungguh-sungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpa aku selain dari yang telah Engkau tetapkan bagiku. Jadikanlah aku rela terhadap apapun yang Engkau berikan kepadaku.
Ya Allah yang maha pengasih, Engkau adalah pelindungku di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam islam dan masukkanlah aku ke dalam kumpulan mereka yang soleh. Ya Allah janganlah Engkau biarkan kami di tempat kami ini suatu dosa pun kecuali Engkau ampunkan, dan tiada suatu hajat keperluan kecuali Engkau lapangkan, tiada suatu hajat keperluan kecuali Engkau tunaikan dan permudahkan. Maka mudahkanlah segenap urusan kami dan lapangkanlah dada kami. Terangilah hati kami dengan amal yang soleh. Ya Allah matikanlah kami sebagai orang islam, hidupkanlah kami sebagai orang islam dan masukkanlah kami ke dalam kumpulan orang yang soleh tanpa kehampaan dan fitnah. Aaamiiin.

Sumber: Panduan Umrah & Ziarah 
Tiram Travel Sdn. Bhd. (ms xx)

TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: