Tentang DB

 ASSALAMUALAIKUM



NAMA: DILA BAHAR.


Pada hari isnin 29 april 1985 di kuala lumpur, saya telah di lahirkan. 

Hobi saya adalah membaca novel, majalah dan blog, menulis di blog, layan internet, ’edit’ gambar, snap with "my honey" dan menjadi pendengar setia kepada kawan-kawan. Visi hidup saya adalah ingin memiliki sebuah perniagaan butik wanita yang terkenal serta menjadi isteri, ibu dan hamba yang solehah. 

Idola saya banyak mempengaruhi impian saya. Oleh itu saya sangat mengagumi mereka iaitu Nabi Muhammad S.A.W, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana cara pemikiran beliau bahawa kita mampu melakukan apa sahaja tiada yang mustahil dan beliau yakin melayu boleh maju, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bokhary dari sifat pemurah beliau yang dermawan serta kagum dengan corak kehidupan beliau, Siti Nurhaliza Taruddin dari keperitan serta perjalanan hidup yang mencabar serta bermula dari bawah untuk mencapai cita-cita dan ayah saya ini kerana beliau sangat saya kagumi bermula dari hidup seorang anak yatim dari kecil hingga lah dewasa dan beliau sangat mahir dalam mengurus perbelanjaan rumah. 

Diharap pembaca blog ini sudi berkongsi dalam memberi idea-idea baru dalam penulisan blog ini.  
Terima kasih.

NOTA TERAKHIR : 1/11/2018 (Khamis) semua post yang lama telah saya padam dan hanya post tentang 1 buku sahaja saya tinggalkan. semoga bermanfaat. 

29/7/2019 - Saya akan menulis beberapa topik yang saya rasa nak kongsi sahaja.

TERIMA KASIH kepada yang sudi datang membaca disini bermula tahun 2010 hingga kini. Doakan kejayaan saya didunia realiti. aminnn.. Insha Allah.

TERIMA KASIH / THANK YOU :)