Wednesday, February 6, 2013

..:: Review Buku : Keluarga Perempuan Rasulullah ::..


ASSALAMUALAIKUM



Apa khabar? Seperti yang di janjikan aku nak kongsi buku yang telah aku baca. Sepatutnya aku tulis review ni time Maulidur Rasul hari tu, tapi disebabkan kekangan masa dan aku sangat sibuk masa tu sebab nak balik Melaka. Jadi di waktu yang ada ini aku curi sikit masa untuk taip ape yang patut. Buku yang dipilih ialah:

Tajuk Buku : KELUARGA PEREMPUAN RASULULLAH
Penulis : Fathi Fawri & Widad Sakakini
Penerbit : Inteam Publishing Sdn. Bhd.
Harga : RM20.00 (boleh beli kat kedai buku, aku beli kat MPH Jusco Maluri)

Sinopsis (belakang buku) :

Buku ini mengabadikan kehidupan para ibu, isteri dan puteri Rasulullah SAW. Bagaimana ibu-ibu hebat seperti Aminah (ibu kandung), Ummu Aiman (penjaga), Halimah as-Sa'diyah (ibu susuan), Fatimah bt Asad (isteri Abu Thalib), Syifa bt Auf (bidan Rasulullah) dan Tsuwaibah (ibu susuan) melahirkan dan membesarkan seorang pemimpin hebat?

Bagaimana isteri-isteri dan puteri-puteri baginda, dengan kelebihan masing-masing memainkan peranan untuk mewarnai arus peradaban Islam? Bagaimanakah mereka tampil menyempurnakan kemuliaan dan keagungan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat manusia?

Dengan disokong oleh rujukan yang benar lagi dipercayai, anda akan menikmati banyak kisah menarik pada wanita-wanita mulia ini selama mereka menemani Rasulullah; kisah-kisah yang sarat dengan pelajaran, hikmah dan keajaiban yang jarang kita perhatikan.

Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi pendorong semangat kepada para wanita di luar sana untuk menjadi wanita yang solehah yang mengikut acuan Islam yang sebenar.


Ulasan (pendapat peribadi) :

Pertama sekali aku beli buku ini sebab tertarik dengan tajuk dan memang aku sedang cuba untuk mendalami sirah nabi dan ini permulaannya. Waktu sekolah dulu ada belajar Sirah tapi sebab dulu aku xbelajar betul-betul jadi sekarang aku baru sedar ia penting (rasa menyesal sangat). Ok aku rasa buku ini sangat bagus  untuk semua peringkat umur. Penceritaan dari mula tentang latarbelakang keluarga Nabi Muhammad SAW keturunan bani hasyim, kisah dari datuk baginda iaitu Abdul Muttalib. Keluarga yang sangat berpengaruh, Abdullah (ayah Nabi Muhammad) dipilih menjadi korban nazar Abdul Muttalib tapi ditebus dengan 100 ekor unta. Diceritakan juga kisah perkahwinan Abdullah dengan Aminah (ibu Nabi) yang sangat meriah diraikan oleh penduduk Mekah. Ada juga digambarkan keadaan ketika hari yang ditunggu-tunggu iaitu lahirnya Nabi Muhammad SAW. Sebelum itu, diceritakan kekalahan tentera Abrahah yang datang untuk meruntuhkan Kaabah. Kisah-kisah yang dialami oleh orang-orang yang rapat disekitar Nabi, contohnya Halimatus Sa'diyah (ibu susuan Nabi Muhammad) dimana selepas beliau menerima Muhammad sebagai bayi yang akan disusukan dan dijaga di permukiman bani Sa'ad. Masyarakat di sana sangat merasa bahagia dan gembira, haiwan ternakan Halimah juga gemuk dan banyak susunya. Selain itu, Tsuwaibah (ibu susuan Nabi yang pertama) asalnya adalah hamba kepada bapa saudara Nabi iaitu Abdul Uzza (Abu Lahab). Abu Lahab adalah manusia yang zalim, tetapi apabila mendengar tentang kelahiran Muhammad yang telah dikhabarkan oleh Tsuwaibah maka tanpa sedar kerana terlalu gembira dia telah berkata "Wahai Tsuwaibah, pergilah. Mulai hari ini engkau bebas". Mulai saat itu, Tsuwaibah telah bebas dari perhambaan.

Kemudian diceritakan juga kisah tentang isteri-isteri Nabi. Khadijah binti Khuwailid, Sawdah al-Amiriyyah, Aisyah binti as-Siddiq, Hafshah al-Khatthab, Hindun al-Makhzumi, Zainab al-Asadi, Juwairiyah al-Khuza'i, Shafiyah (puteri bani nadir), Ramlah (puteri abu sufyan), Maria (puteri mesir) dan Maimunah al-Hilali. Penulis berkongsi cerita sebab dan permulaan bagaimana dan kenapa Nabi Muhammad mengahwini mereka serta cabaran-cabaran yang mereka lalui. Pada bab seterusnya, diceritakan kisah puteri-puteri Nabi iaitu Zainab binti Muhammad, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah az-Zahra. (bolehlah dapatkan buku ini untuk mengetahui kisah-kisah mereka, tak rugi pun).

Bagi saya, buku ini memang menarik dan cara penulis membawa pembaca menghayati situasi-situasi adalah berkesan. Jadi cepat-cepatlah dapatkan dipasaran. Ok berjumpa lagi pada entry yang akan datang dan Selamat membaca. =)


Wassalam






nota tangan : kalau ada cadangan buku-buku atau novel-novel yang menarik untuk saya baca dan di"review" (review la sangat) boleh hantar email ke putri.dil@gmail.com , cadangan anda amat saya alu-alukan.











TERIMA KASIH / THANK YOU :)

No comments: